Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan PDRM menyiasat dan mencari seorang pemilik akaun Twitter setelah akaun Twitter itu memuat naik satu gambar di Twitternya.
Akaun tersebut memuat naik gambar satu gambar yang dipercayai telah diedit oleh pihak tertentu dengan kapsyen : “Mohon @NajibRazak & @KBAB51 arahkan @PDRMsia tangkap pengkhianat negara yang viralkan gambar ini! #GoPDRMGo
https://twitter.com/DJStarscreamx/status/685338473557983232/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw
Susulan dari Tweet tersebut, lalu KPN mengarahkan PDRM menjejak lelaki tersebut untuk menyoal dari mana dia mendapat gambar terbabit.
“PCIRC @PDRMsia kesan @DJStarscreamx dan soal di mana dia perolehi gambar PM yg mengaibkan ini. “, tulis Khalid.
https://twitter.com/KBAB51/status/685349932883001344/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw
Di akaun Twitter pemuat naik tweet tersebut , pemilik ada memberitahu bahawa gambar itu dia peroleh melalui Facebooknya.
https://twitter.com/DJStarscreamx/status/685351705806946304/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw
Gambar berikut dipercayai telah diedit berasal dari pengasas Qu Puteh yang telah ditampal dengan muka Perdana Menteri, Najib Razak.
Diharapkan PDRM berjaya mengesan dalang disebalik penyebaran gambar ini.