Kejayaan Azizulhasni Awang (Pocket Rocketman) menjuarai emas acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia sememangnya kejayaan yang besar untuk Malaysia.
Gelaran yang digunakan dalam billboard ucapan tahniah oleh kerajaan Terenganu adalah Rocket Pocketman yang membawa maksud yang berkait dengan zakar. Gelaran yang betul digunakan oleh Azizulhasni Awang adalah Pocket Rocketman.
Bukan sahaja gelaran, nama pun disalah eja. dalam billboard yang digunakan untuk ucapan tahniah itu nama Azizulhasni Awang dieja dengan Azizul Hasni Awang.
Pengguna media social juga mengutuk keras kerajaan negeri Terengganu yang kononnya menumpang nama dengan kerjayaan Azizulhasni Awang ini dan billboard yang dibuat ini hanyalah sekadar propaganda dan dibuat dengan tidak teratur. Hal ini juga disebabkan sikap MB Terengganu yang dahulunya enggan memberi bantuan untuk Azizul membeli basikal trek.
Sumber: Facebook