Kesalahan Lazim Yang Boleh Mengakibatkan Tumbuhan Hiasan ‘Terarium’ Anda Gagal

Kehidupan

Kesalahan Lazim Yang Boleh Mengakibatkan Tumbuhan Hiasan ‘Terarium’ Anda Gagal

Kebelakangan ini nama “terarium” sudah semakin menjadi trend yang menjadi ikutan kepada penggemar pokok hiasan bersaiz mini dan juga landskap dalaman. Terarium ialah sejenis tumbuhan hiasan yang diletakkan dalam bekas kaca atau plastik lut sinar yang menyerupai sebuah persekitaran yang sesuai dengan dekorasi yang ingin ditonjolkan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, kita menghias balang dengan pokok hiasan untuk menghasilkan dekorasi mini yang boleh diletakkan di setiap sudut rumah.

Advertisement

terarium

Pelbagai jenis terarium yang boleh dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti menghasilkan terarium juga boleh membangkit perasaan gembira anda dengan melihat hasil yang anda telah lakukan.

orkid terarium

Namun, ramai yang tidak menyedari terdapat beberapa perkara yang anda lakukan akan menyebabkan terarium anda tidak menjadi dan akhirnya layu dan mati. Meskipun terarium nampak mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan penjagaan rapi, kita juga harus mengambil berat mengenai jenis penjagaan supaya terarium kita dapat bertahan lama.

Telalu kerap menyiram 

siram kaktus

Pokok hiasan untuk terarium kebanyakannya tidak memerlukan air yang banyak seperti pokok yang anda tanam di laman luar rumah. Untuk memastikan anda tidak menyiram air yang keterlaluan, gunakan penyembur air. Air yang berlebihan juga akan menyebabkan air di dalam tanah bertakung dan seterusnya pokok anda akan cepat mati.

Memilih pokok yang salah 

kaktus

Bukan semua jenis pokok hiasan sesuai untuk dijadikan terarium. Pemilihan jenis pokok yang bersesuaian adalah penentu kepada ketahanan teranium anda. Sekiranya anda ingin membuat terarium dengan bekas yang tertutup, pokok-pokok pilihan anda mestilah berasaskan tumbuhan yang sukakan kelembapan. Jika ingin selamat, pilih sahaja pokok yang tidak memerlukan cahaya matahari dan air yang terlalu banyak.

Cahaya matahari terlalu banyak 

teranium kena matahari

Bekas kaca akan membuatkan pokok terarium anda mudah terbakar kerana suhu di dalam bekas kaca agak tinggi. Silap haribulan, pokok terarium anda sudah seperti berada di dalam sauna kerana ditambah dengan cahaya matahari yang berlebihan. Untuk lebih selamat, elakkan meletak terarium anda berhampiran tingkap rumah.

Tiada pencahayaan langsung

teranium dalam bilik

Keperluan asas setiap tumbuhan ialah cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis dengan baiknya. Meskipun pokok seperti ini tidak memerlukan cahaya matahari yang terlalu banyak tidak bermakna tidak perlu memberi cahaya matahari langsung. Adakah anda meletakkan terarium anda di dalam almari? Oh tidak. Keluarkan sekarang juga!

Membiarkan pokok layu 

teranium berkulat

Sekiranya anda melihat salah satu pokok di dalam terarium anda kelihatan layu atau dalam keadaan yang tidak elok segera keluarkan pokok tersebut sebelum pokok yang lain berjangkit sama. Tidak salah sekiranya anda meluangkan seminggu sekali untuk membelek terarium anda agar sentiasa nampak segar dan hidup.

Nampak sahaja terarium ni satu bahan dekorasi landskap yang kecil tetapi mampu memberi impak yang hebat kepada keseluruhan ruang kediaman anda. Ayuh kita mulakan kreativiti taman mini dalam bekas kita sekarang.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...