Meskipun akan menghampiri usia 40 tahun dalam masa beberapa tahun lagi, pelakon Nabila Huda berkata dia tetap menyimpan harapan untuk menimang cahaya mata selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.
Ujar Nabila Huda yang mesra disapa sebagai Abil, dia dan suami masih menemui jalan buntu dan tetap menghitung hari dalam menantikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
View this post on Instagram
Abil meluahkan perasaannya itu dalam hantaran Instagram Story dan dia dilihat tetap positif dengan ketentuan Allah S.W.T dalam soal zuriat ini.
“Kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti saya akan kira hari dan mengharap, tapi mesti tak sangkut juga. Tapi saya tak adalah kecewa sangat. Saya reda sebab nak bagi rezeki pada kita, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Mungkin belum tiba masanya.”
Katanya lagi, dia merasakan kesilapannya sebelum ini yang tidak berpantang dengan baik setelah mengalami keguguran turut menjadi penyebab kesukaran untuk dirinya hamil sekali lagi.
Pelakon Diva Popular itu walau bagaimanapun enggan berterusan berfikiran negatif dan akan terus berusaha untuk kembali hamil dengan cara tradisional.
Meskipun begitu, Abil tidak memilih untuk melakukan prosedur rawatan kesuburan In-Vitro Fertilisation (IVF) kerana pernah hamil secara semula jadi sebelum ini.
Terdahulu, Abil yang mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd. Izwan Johar pada 2015 pernah mengalami keguguran dua kali pada April 2019 dan juga Oktober 2020.
Nabila Huda memiliki seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 11 tahun, hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.