Kesal Dituduh Tak Pandai Didik Anak, Azhar Sulaiman Buat Laporan Polis

Hiburan

Kesal Dituduh Tak Pandai Didik Anak, Azhar Sulaiman Buat Laporan Polis

Pelakon Azhar Sulaiman baru-baru ini telah dihentam hebat oleh netizen kerana didakwa tidak pandai mendidik anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona.

Azhar SulaimanSumber : Instagram Azhar Sulaiman  

Leona yang sebelum ini ada memuat naik foto sedang memakai pakaian yang agak seksi telah menerima kecaman hebat daripada warga net di media sosial peribadi miliknya.

Advertisement

Disebabkan hal itu, Azhar dilaporkan telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas kecaman melampau yang diberi netizen.

Facebook Azhar SulaimanSumber : Facebook Azhar Sulaiman  

Pelakon filem Mira Edora ini juga turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh tidak pandai menjaga anak serta gagal memberi didikan yang baik untuk anak perempuannya itu.

Sering menggelarkan dirinya sebagai ‘mami’, Azhar dilihat telah memuat naik foto serta video yang memaparkan dia sedang berada di balai polis dan usai membuat laporan mengenai kes terbabit.

Azhar SulaimanSumber : Facebook Azhar Sulaiman  

“Pening kepala mami, tak pasal nama jadi panas pula sebab Leona, tapi takpala. Begini la semua, setiap dari kita ini ada anak dan setiap anak-anak kita ada masalah. Jadi mami ada masalah sendiri. Kalau anak awak itu juruh, pakai tudung, ikut cakap awak, alhamdulillah. Kami sebagai ibu bapa pun nak anak-anak macam awak juga.”

Menurutnya lagi, setiap anak-anak mempunyai perangai serta ‘kepala’ yang berbeza, jadi agak sukar untuk menyamakan dengan anak orang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Terdahulu, Leona mendedahkan bahawa dia sering menerima mesej kecaman kerana sering berkongsi pemakaian yang seksi terutamanya di aplikasi TikTok.

Sekadar info, Azhar Sulaiman mempunyai sepasang kembar iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta Kasih Leia Ixora hasil perkongsian hidup bersama isteri, Chempaka Emalin Pahamin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...