Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kesal Dituduh Menipu, Isteri Ammar Alfian Dedah Bukti Perbualan WhatsApp

Sebelum ini, isteri pelakon Ammar Alfian iaitu Nelisa Nezam mendedahkan bahawa lelaki itu curang kepadanya sedangkan dia sedang hamil enam bulan. Dia kemudiannya memohon maaf kerana mendedahkan perkara itu di Instagram kerana keadaannya yang hamil menyebabkan dia melakukan perkara yang kurang rasional.

Namun begitu, Nelisa berang apabila Ammar didakwa memutar belit permohonan maafnya dengan mendakwa pendedahan olehnya itu satu fitnah kepada satu media berbahasa Inggeris.

Advertisement

Nelisa kemudiannya memuat naik beberapa IG Story mendedahkan perbualan WhatsApp antara dia dan Ammar, antara lain menunjukkan Ammar mengaku seorang penipu dan mengaku kecuranganya.

Nelisa mendakwa tidak mempunyai masa dan tenaga untuk memfitnah suami sendiri sedangkan dirinya sedang hamil, apatah lagi orang ramai boleh menilai kerana Ammar juga mempunyai rekod pernah curang sebelum berkahwin.

Mendakwa dirinya sudah diperbodohkan selama tiga tahun, Nelisa meminta Ammar agar berhenti berlagak seperti seorang mangsa.

Advertisement

Ammar bagaimanapun belum memberi reaksi mengenai pendedahan terbaru itu, manakala bukti salinan WhatsApp yang dimuat naik oleh Nelisa bagaimanapun, sudah dipadamkan dari Instagram storiesnya. – beautifulnara.com

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. naza

    May 23, 2019 at 10:52 pm

    Amboi bahasa wife pon…..

  2. Laicikang

    May 23, 2019 at 9:55 pm

    Eloknya sekarang ni perempuan2 yg berduit tak payah kawin….kesemua lelaki takkan puas dgn satu bini….kalau nak kawin juga…bertabahlah atau makan hatilah.

    • a

      May 24, 2019 at 1:45 pm

      Memang! Kahwin nowadays mmg menyusahkan jiwa raga. Kalau laki ala kadar, makan hati kena bayar keperluan kelangsungan hidup 50/50. Kalau laki kaya plak kang makan hati asyik takde/skandal gini. Eh takyah kahwin, guna duit bahagiakan mak bapak lagi bagus. Sakit hati takde, pahala pun dapat. Den menyesal kahwin ahahaha

  3. Anonymous

    May 23, 2019 at 8:50 pm

    Aku memang tak support memana orang yang curang. Tapi apa tujuan si isteri upload pasal kecurangan husband dekat social media? Kalau korang dah cerai faham jugak la niat nak balas balik. Tapi kalau korang stay together jugak,nampak macam kau bodoh sebab still nak percaya eventhough dah kena curang.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top