Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kesal Dituduh ‘Demand’ Minta Bayaran Tinggi Untuk Berlakon, Adi Putra Hanya Ingin Berkongsi Rezeki Dengan Rakyat

Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra meluahkan rasa kesal apabila tawaran lakonan yang ditawarkan kepadanya ditarik balik selepas meminta bayaran yang agak tinggi.

Menurut Adi Putra,dia turut terkilan apabila dianggap ‘demand’ apabila meminta sejumlah bayaran setaraf dengan bakat lakonannya.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab tertentu dalam meletakkan harga sedemikian kerana niatnya hanya ingin membantu rakyat yang memerlukan dengan wang yang dimintanya itu.

View this post on Instagram

Ada pihak yg faham ada yg tidak. Pada mereka, insyaAllah ada rezki tak kemana. #taatpadayangsatu #adpwithummah

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on

“Saya dapat tawaran dram bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai.. lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand. Kenapa saya buat begitu? Kerana saya nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya. Mungkin bukan rezeki mereka saya nak bantu, sebab pihak tak berkenaan tak memahami saya.”

Advertisement

Dia meluahkan rasa kesal itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Meskipun begitu, Adi Putra hanya berfikiran positif dan yakin setiap rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dia dalam pada itu merasakan tidak salah baginya untuk meletakkan harga yang tinggi kerana dia yakin mampu memberikan hasil kerja yang baik.

Sementara itu, di ruangan komen ramai peminat memuji tindakan pelakon itu dan memintanya terus bersabar dan meneruskan niat murninya itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. nur

    November 10, 2020 at 10:13 am

    lol..kenape ea artis2 ni salu buat modal nak bantu orang..ko nak bantu pakai le duit sediri. modal ni da basi daa..

    sama gak bukak dana untuk bantu orang..konon2 cakna rakyat..memang la bagus. tapi satu sen pon tak guna duit dia..fan2 pon dok puji baguslah artis ni…apekata guna duit sediri untuk bantu rakyat..baru la gentelllll….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top