Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra meluahkan rasa kesal apabila tawaran lakonan yang ditawarkan kepadanya ditarik balik selepas meminta bayaran yang agak tinggi.
Menurut Adi Putra,dia turut terkilan apabila dianggap ‘demand’ apabila meminta sejumlah bayaran setaraf dengan bakat lakonannya.
Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab tertentu dalam meletakkan harga sedemikian kerana niatnya hanya ingin membantu rakyat yang memerlukan dengan wang yang dimintanya itu.
View this post on Instagram
“Saya dapat tawaran dram bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai.. lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand. Kenapa saya buat begitu? Kerana saya nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya. Mungkin bukan rezeki mereka saya nak bantu, sebab pihak tak berkenaan tak memahami saya.”
Dia meluahkan rasa kesal itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Meskipun begitu, Adi Putra hanya berfikiran positif dan yakin setiap rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dia dalam pada itu merasakan tidak salah baginya untuk meletakkan harga yang tinggi kerana dia yakin mampu memberikan hasil kerja yang baik.
Sementara itu, di ruangan komen ramai peminat memuji tindakan pelakon itu dan memintanya terus bersabar dan meneruskan niat murninya itu.