Banjir yang melanda daerah Pantai Timur khususnya negeri Kelantan dan Terengganu pastinya memberi kesan kepada penduduk terutamanya dari kerugian harta benda, malah ada juga yang telah kehilangan nyawa yang tersayang.
Tragedi banjir yang mula melanda negeri-negeri terjejas pada 14 Disember lalu kini telah mendapat liputan sewajarnya dan jentera-jentera daripada agensi terlibat juga telah digerakkan bagi membantu mangsa.
Maklum Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman, operasi menyelamat dan memindah mangsa banjir setakat ini berjalan dengan lancar.
Namun, terdapat cabaran besar dihadapi anggota-anggota penyelamat seperti mangsa yang degil dan enggan berpindah meskipun rumah atau kawasan kediaman mereka mula dinaiki air bah.
View this post on Instagram
Walaupun sudah biasa dengan karenah mangsa yang berdegil apabila diarahkan berpindah tetapi dalam keadaan kecemasan seperti bencana banjir ini, kesabaran anggota kami juga sedikit tercabar.
Kata Ahmad Izram, dia sering mengingatkan anggota penyelamat bertugas agar sentiasa bersabar di samping mengekalkan kekuatan fizikal ketika menjayakan misi menyelamat.
Ujarnya lagi, matlamat utama mereka hanyalah untuk menyelamatkan mangsa meskipun terpaksa ‘menahan rasa’ ketika memujuk dan merayu mangsa banjir yang berdegil. – Harian Metro
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.