Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhawan Dilepas & Dibebaskan, Mahkamah Tinggi Batalkan Rayuan Pendakwaan

Berita

Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhawan Dilepas & Dibebaskan, Mahkamah Tinggi Batalkan Rayuan Pendakwaan

Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 31, kekal dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anaknya, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Suriyati Hasimah Mohd. Hashim selepas membatalkan rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwa raya berhubung keputusan tersebut, seperti petikan Kosmo Online.

Advertisement

Peguam Haresh Mahadevan berkata, perkara itu berlaku selepas pihak pendakwaan yang diwakili oleh Pendakwa Raya Ainul Mardiyah Mohd. Ali memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka telah memfailkan Notis Penarikan Balik Rayuan pada pagi ini.

zaimikhwan kekal bebas

Menurutnya, rayuan itu sebelum ini difailkan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 21 Julai lalu yang melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan daripada pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Justeru, pihak pendakwaan tidak ingin meneruskan rayuan tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi seterusnya membatalkan rayuan pihak pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada prosiding sama, Zaim Ikhwan turut diwakili oleh peguam Ramzani Idris.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melalui Hakim Dr. Syahliza Warnoh telah melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, isterinya Ismanira Abdul Manaf, 31, kekal menjalani hukuman penjara selepas permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Disember lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-05 10:45:56

MINDEF Arah Siasatan Dakwaan Wujud Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...