Terbaru, ibu kepada kanak-kanak autistik yang meninggal dunia dua tahun lalu iaitu Allahyarham Zayn Rayyan mengesyaki anaknya dilarikan oleh orang lain.
Kata Ismanira, dia sama sekali tidak mendengar bunyi tapak kasut kanak-kanak tersebut sebelum menyedari dirinya sudah hilang pada Disember dua tahun lalu.
Saya menggunakan deria pendengaran saya untuk mengawasi (Zayn) dan ada kalanya saya toleh. Kadang-kala, dia berlari di depan saya dan kadang-kala di belakang. Namun, dia sentiasa di bawah pengawasan saya.
Dalam pada itu, wanita terbabit menegaskan bahawa arwah merupakan kanak-kanak autistik yang pandai dan tahu di mana keberadaan rumahnya.