Melalui laporanlaporan, bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin meluahkan rasa kecewa sewaktu mengulas tentang perintah mahkamah terhadap isterinya, Ismanira Abdul Manaf.
Kecewa dengan pihak polis
Bapa yang bernama Zaim Ikhwan itu berkata dirinya sangat kecewa dengan pihak polis kerana merasakan sudah memberi kerjasama yang sangat baik bagi mencari pembunuh anaknya dua tahun lalu.
Saya dah bagi sepenuhnya kepercayaan kepada pihak polis untuk tangkap pembunuh anak saya di luar sana. Inikah hasilnya? Memang saya sangat kecewa.
Tuduhan pengabaian dianggap mengarut
Malah, merasakan pertuduhan yang dibuat terhadapnya sama sekali tidak wajar serta mengarut.
Sekadar info, Zaim berkata sedemikian selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskannya dan memerintahkan isteri berusia 30 tahun untuk membela diri bagi pertuduhan pengabaian anak mereka.