Terbaru melalui laporan Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujudnya elemen membuli, pengabaian dan gangguan seksual berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina.
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ketiga-tiga elemen tersebut telah dikenal pasti dan disiasat secara menyeluruh.
Tak boleh ada usaha ataupun percubaan menutup kalau ada elemen buli. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak-anak kita. Demikian terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau tidak.
Sekadar info, punca kematian Allahyarham Zara Qairina adalah kerana berlaku kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.
Arwah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran bangunan asrama perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.