Kes Zara Qairina: Wajah Anak Tular Didakwa Terlibat, Bapa Tampil Nafi & Dedah Berhenti Sekolah Tahun Lalu

Kehidupan

Kes Zara Qairina: Wajah Anak Tular Didakwa Terlibat, Bapa Tampil Nafi & Dedah Berhenti Sekolah Tahun Lalu

Bapa kepada pelajar yang gambarnya tular di media sosial susulan dikaitkan dengan kematian Allahyarham Zara Qairina tampil menafikan pembabitan anak.

Bapa pelajar dituduh terlibat kes Zara tampil bersuara

Difahamkan, bapa kepada pelajar tersebut memuat naik satu hantaran di Facebook mendakwa anaknya sudah pun berhenti belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan di Papar sejak tahun lalu.

Advertisement

Dalam pada itu, lelaki terbabit turut memuat naik laporan polis serta sijil tamat persekolahan yang memaparkan pelajar itu sudah berhenti sekolah kerana mendapat tawaran memasuki kolej vokasional.

bapa pelajar dituduh terlibat kes zara qairina

Difahamkan daripada Harian Metro, bapa pelajar itu sudah pun membuat laporan polis pada Jumaat lalu di Balai Polis, Lahad Datu untuk menafikan kenyataan di dalam video dan gambar yang tular, selain bimbang keselamatan keluarga.

Walaupun mereka sudah memohon maaf dan memadam video itu, masih ada beberapa individu yang masih menyebarkan berita palsu itu.

Dalam pada masa yang sama, bapa pelajar itu memberi amaran akan mengambil tindakan sivil terhadap individu-individu yang didakwa mengaitkan anaknya dengan kes arwah Zara.

bapa pelajar dituduh terlibat kes zara qairina

tun musa aman
2025-08-12 09:47:10

"Tanpa Pilih Kasih" - Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Kes Kematian Zara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...