Siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina Mahathir mengesahkan terdapat unsur buli, memetik NST.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar, berkata pasukan petugas khas telah menemui kenyataan yang menunjukkan berlaku perbuatan buli sebelum insiden yang melibatkan Zara.
(TERKINI) Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina
Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan buli, namun sejak 11 Julai lalu, satu peruntukan khas telah diwujudkan di bawah Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan bagi membendung perbuatan tersebut.
“Siasatan berhubung perkara ini masih dijalankan dan kami akan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.