Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir meminta saksi kes tersebut yang masih belum tampil untuk ‘munculkan’ diri bagi membantu siasatan yang masih berjalan.
Mohon saksi yang masih ada untuk tampil ke depan
Peguam, Hamid Ismail berkata sehingga kini masih ada yang mahu berjumpa dengan pihaknya berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina.
Mohon saksi yang masih ada, tolong keluar, itulah permintaan khas kami. Setakat ini ada yang masih mahu berjumpa dengan kami. Saya, secara peribadi, sudah dapat maklumat, tapi itu saya kena tapis. Setakat ini, ada beberapa (saksi).
Permintaan peguam keluarga Zara Qairina
Itu permintaan pasukan peguam yang mewakili keluarga pelajar berusia 13 tahun tersebut untuk membantu siasatan kes kematiannya.
Dalam pada itu, Hamid juga memaklumkan pasukannya menunggu tarikh pendengaran permohonan untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues yang akan diadakan bermula 3 September depan.
Terdahulu, lima remaja yang dituduh menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarham Zara Qairina, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus.
Mahkamah turut memerintahkan larangan bersuara (gag order) agar tiada sebarang pendedahan disuarakan berhubung prosiding kes melibatkan lima remaja yang didakwa itu.