Melalui laporan Harian Metro, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan berhubung pendakwaan lima remaja bawah 18 tahun di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, Rabu ini, berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina.
Lima remaja berhak dapat perlindungan
Difahamkan, pihak SUHAKAM memperingatkan agar orang awam serta media untuk bertindak penuh bertanggungjawab serta mematuhi undang-undang, khususnya melibatkan hak perlindungan kanak-kanak.
Mereka berhak mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk sokongan berasaskan trauma, wakil guaman, serta layanan yang adil.
Tak boleh dedah identiti kepada umum
Dalam pada itu, SUHAKAM berkata identiti lima remaja itu tidak boleh didedahkan secara langsung atau tidak langsung termasuk nama, gambar, sekolah, atau sebarang butiran didedahkan kepada umum.
Masyarakat perlu sedar bahawa buli, sama ada di sekolah atau di media sosial, tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengesahkan beberapa suspek yang terlibat dalam kes kematian arwah Zara dan mereka akan didakwa pada Rabu ini.