Kes Zara Qairina: Mahkamah Perintah Larangan Bersuara, Tidak Boleh Dedah Prosiding Kes Babitkan 5 Remaja Didakwa Buli

Berita

Kes Zara Qairina: Mahkamah Perintah Larangan Bersuara, Tidak Boleh Dedah Prosiding Kes Babitkan 5 Remaja Didakwa Buli

Sedia maklum, hari ini lima remaja yang dikaitkan dengan kes pembulian Allahyarham Zara Qairina telah pun didakwa pada hari ini di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu.

Mahkamah perintah larangan bersuara

Bagaimanapun, mahkamah telah memerintahkan larangan bersuara (gag order) agar tiada sebarang pendedahan disuarakan berhubung prosiding kes melibatkan lima remaja yang didakwa itu.

Advertisement

kes kematian zara qairina

Susulan itu, barisan peguam yang mewakili keluarga arwah Zara meminta agar Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan berhubung pendakwaan itu.

Bukan sebab VVIP atau sembunyikan kes..

Ia bukan sebab VVIP atau ada perkara yang disembunyikan, ia disebabkan undang-undang yang melarang. Jadi kita berharap AGC dapat memberikan kenyataan.

ibu zara

Dalam pada masa yang sama, peguam Hamid Ismail turut memohon maaf kerana pihak mereka tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung prosiding pendakwaan lima remaja terbabit.

Sekadar info, pada Isnin lalu, AGC memutuskan untuk menuduh lima suspek yang terbabit dalam kes Allahyarham Zara.

menteri dalam negeri zara qairina
2025-08-18 13:31:50

Kes Zara Qairina: "Wujud Elemen Buli, Pengabaian Dan Gangguan Seksual" - Menteri Dalam Negeri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...