Melalui laporan Harian Metro, seorang individu telah berkongsikan pengalamannya menggali kubur Allahyarham Zara Qairina sewaktu himpunan solidariti yang berlangsung di Sogo, Kuala Lumpur, semalam.
Bersedia berdepan jasad yang sudah rosak
Menurut individu tersebut, mereka sudah pun bersedia untuk berdepan dengan keadaan jasad yang sukar kerana sudah 23 hari arwah dikebumikan.
Bayangkan, 23 hari. Kami sudah bersedia untuk berdepan dengan jasad yang sudah rosak. Malah kami sudah diberi taklimat. Apa pun yang ada, termasuk tulang, isi dan kulit, perlu dikumpulkan serta dibungkus semula dengan kain kafan.
Bagaimanapun, dengan kuasa Allah, penggali kubur itu memberitahu jasad arwah Zara masih utuh dan sempurna, malah kain kafan juga masih elok dan disebabkan itu semua berada di tempat kejadian menitiskan air mata.
Tiada bau, masih sempurna
Lebih mengejutkan, meski pun semua anggota memakai pakaian perlindungan diri (PPE), mereka membuka pelitup muka kerana menyangka akan berdepan dengan bau busuk.
Tapi tiada sebarang bau. Seolah-olah arwah baru saja dikebumikan. Inilah pengalaman paling besar yang saya lalui.
Diakhir ucapannya, individu itu menegaskan bahawa jasad arwah Zara tidak berbau, tetap utuh dan kekal sempurna sejak diangkat dari liang sehingga dibawa ke hospital dan dikebumikan semula.