Kes Zara Qairina : Guru Antara Saksi Termasuk ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ Dan ‘Tomboi’ Dipanggil Untuk Siasatan

Berita

Kes Zara Qairina : Guru Antara Saksi Termasuk ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ Dan ‘Tomboi’ Dipanggil Untuk Siasatan

Polis telah merekodkan keterangan daripada 60 orang saksi berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, termasuk tiga individu yang dikenali sebagai ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’.

Ketiga-tiga nama tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden kematian pelajar Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar.

Advertisement

pesuruhjaya polis sabah

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, siasatan kes ini kini berada pada fasa akhir dengan sejumlah besar saksi telah diambil keterangan.

Semua saksi (yang diambil keterangan itu) membabitkan pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah.

Ini termasuk tiga pelajar yang dikaitkan dengan mangsa (‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’).

Zara Qairina ditemui dalam keadaan cedera parah kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai lalu, di bawah bangunan asrama dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Namun begitu, pelajar tersebut disahkan meninggal dunia keesokan harinya. Laporan awal menyatakan bahawa mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah.

Insiden itu turut mengundang pelbagai spekulasi dalam media sosial, termasuk dakwaan bahawa Zara mungkin menjadi mangsa kes buli.

Mengulas lebih lanjut, Jauteh menjelaskan bahawa pihak polis tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur buli dalam kes berkenaan namun menyerahkan analisis menyeluruh kepada pihak Bukit Aman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fairuz al jengkawi adik zara, spekulasi
2025-07-31 07:24:54

"Jangan Terus Berspekulasi Mengenai Kes Adik Zara , Sebab Ada 'Plot Twist'"- Fairuz Al-Jengkawi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...