Terbaru, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pihak polis telah bertanya kepada ibu Allahyarham Zara Qairina sebanyak dua kali mengenai pelaksanaan post-moterm atau proses bedah siasat ketika di hospital pada 17 Julai lalu.
Dua kali ibu Zara tolak proses bedah siasat
Bagaimanapun menurut Saifuddin, ibu Zara iaitu Noraidah bertegas dan tetap pendirian tidak mahu melakukannya dan mahu menyegerakan pengebumian.
Ibu mangsa ketika itu menyatakan dia hendak menyegerakan pengebumian kerana anaknya sudah cukup derita. Di sini pihak polis dan pengarah siasatan mengakui ada ketidakpatuhan dari segi prosedur siasatan di pihak pegawai polis yang berkenaan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan ibu Zara kemudiannya mengisi dan menandatangani surat akaun enggan bedah siasat mayat atas kemahuan sendiri dengan disaksikan oleh kakak iparnya.
Semua kenyataan adalah fakta, tiada niat letak di posisi bersalah
Sikap pegawai penyiasat polis waktu itu menghormati sepenuhnya (permintaan ibu). Dari sudut Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) itu dianggap sebagai tidak patuh dan ditegur dan polis akan mengambil tindakan dalaman.
Tegas Menteri Dalam Negeri itu, tindakan Noraidah menandatangani surat akaun itu adalah benar dan tiada niat untuk meletakkan ibu mangsa dalam posisi bersalah.
Saya hanya maklumkan fakta bahawa pegawai penyiasat khilaf dan niat dia hendak permudahkan urusan ibu dan menyegerakan proses pengebumian. Namun tindakan itu tidak akan dipertahankan malah jabatan siasatan jenayah mengambil pendirian akan membuat langkah susulan.