Melalui laporan Harian Metro, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah pun mengenal pasti suspek yang menyamar sebagai doktor dalam bedah siasat Allahyarham Zara Qairina.
Difahamkan, pihak polis telah pun mengambil keterangan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan merampas segala peranti komunikasi untuk dianalisis.
Suspek dikesan di Kota Damansara lewat malam tadi, berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada keterangan dua individu lain yang menyertai siaran langsung TikTok suspek.
Sekadar info, pada Sabtu lalu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mendedahkan dalam satu siaran langsung, individu itu mendakwa hadir ketika bedah siasat Allahyarham pada 10 Ogos, namun semakan Kementerian Kesihatan mengesahkan dia bukan seorang pakar atau kakitangan kementerian terbabit.
Pihak polis telah menyiasat kes ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan.