Kes Zara Qairina: Bedah Siasat Sahkan Arwah Zara Alami Kecederaan Otak Teruk

Hiburan

Kes Zara Qairina: Bedah Siasat Sahkan Arwah Zara Alami Kecederaan Otak Teruk

Terbaru, dapatan daripada bedah siasat Allahyarham Zara Qairina mendapati berlakunya kecederaan otak yang teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak konsisten dengan jatuh, di mana ia selari dengan laporan awal.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, bedah siasat yang dilakukan pada 10 Ogos lalu dihadiri oleh tiga doktor, seorang dari Hospital Serdang, manakala lagi dua dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Advertisement

Zara Qairina

Dalam pada itu, apabila mengulas mengenai pegawai perubatan tidak memohon untuk membuat bedah siasat pada peringkat awal, M. Kumar berkata perkara terbabit merupakan asas siasatan sekiranya kematian menimbulkan keraguan.

Walaupun ada permohonan keluarga untuk tidak menjalankan bedah siasat, undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memohon prosedur itu sekiranya terdapat keraguan terhadap punca kematian.

datuk m kumar

Pegawai penyiasat perlu menasihati keluarga dan memastikan prosedur itu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian.

Tambahannya lagi, segala dapatan bedah siasat juga sudah dijelaskan kepada pihak keluarga mangsa secara telus dan difahami bahawa prosedur ini sepatutnya dilakukan sebaik sahaja kematian berlaku bagi memastikan bukti forensik tidak terjejas.

peguam negara arah inkues
2025-08-13 17:16:27

(TERKINI) Polis Sahkan Ada Unsur Buli Dalam Kes Zara Qairina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...