Kes Zara Qairina : Audio 44 Saat Disahkan Sahih, Rakaman Sebenar – Peguam

Berita

Kes Zara Qairina : Audio 44 Saat Disahkan Sahih, Rakaman Sebenar – Peguam

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular di media sosial  memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan seorang individu digelar ‘Kak M’ adalah tulen dan sahih, memetik Buletin TV3.

Menurut peguam Hamid Ismail yang dilantik oleh ibu arwah, Noraidah Lamat, bukti rakaman tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Dalam masa yang sama, Hamid menyeru orang ramai agar menghentikan penyebaran pelbagai teori tidak berasas serta spekulasi liar berkaitan kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Kes Zara QairinaSumber : Berita Penuh 

Ini susulan kewujudan pelbagai naratif yang berlegar di media sosial, yang menurut beliau bukan sahaja boleh mengganggu siasatan, malah turut mencemarkan maruah mangsa dan keluarganya.

“Hentikan buat spekulasi sebegitu,” katanya ringkas ketika mengulas dakwaan yang menyatakan kononnya Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh sehingga mengalami kecederaan dalaman

Dalam perkembangan berkaitan, Hamid bersama seorang lagi peguam, Shahlan Jufri, turut menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara bagi merayu empat perkara utama demi keadilan buat Allahyarham Zara.

zara qairina case

Antara permintaan mereka ialah agar kertas siasatan dikembalikan kepada PDRM dan siasatan dibuka semula, disusuli permohonan supaya siasatan diketuai pegawai berpengalaman dari Bukit Aman. Mereka juga memohon agar kubur Zara Qairina digali semula untuk tujuan bedah siasat serta satu inkues diadakan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah.

Peguam itu menegaskan bahawa Noraidah tidak mengejar kemenangan dalam siasatan ini, sebaliknya hanya menuntut keadilan demi anak tersayang. Beliau juga sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam proses penyiasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-05 19:45:05

“Dia Bongkar Segalanya.." – Saksi Bernama 'Yasmin' Didakwa Tampil, Netizen Puji Keberanian Dedah Kebenaran Kes Zara Qairina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...