Kes Zara Qairina: “Arwah Menangis Nafi Mencuri, Dia Bersumpah ‘Wallahi..” – Saksi

Berita

Kes Zara Qairina: “Arwah Menangis Nafi Mencuri, Dia Bersumpah ‘Wallahi..” – Saksi

Melalui laporan Berita Harian, Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa Allahyarham Zara Qairina menangis serta menafikan bahawa dirinya mencuri, sebelum kali terakhir dilihat menuju ke tandas.

Menurut saksi kelapan itu, beliau telah menerima salinan imbasan pengakuan bertulis daripada lima pelajar berhubung hal yang telah tercetus itu.

Advertisement

zara qairina

Pada malam itu (sebelum Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri), seorang pelajar Tingkatan Satu membuat aduan kepada ketua dorm bahawa dia kehilangan barang kepunyaannya. Selepas itu, Zara dipanggil oleh ketua dorm berkenaan serta ditanya sama ada dia mencuri barang terbabit.

Susulan itu, arwah telah menangis serta bersumpah ‘wallahi’ untuk menafikan bahawa dia adalah individu yang mencuri barang rakannya yang lain.

Zara Qairina

Dalam pada itu Azhari berkata, pelajar-pelajar turut menyelongkar lokar serta beg Zara Qairina sebelum dipercayai menemui pin Jalur Gemilang milik ketua dorm berkenaan.

Selepas itu, Zara meninggalkan bilik itu sambil menangis dan menjerit ‘Aku tidak mencuri bah, bodoh’. Saya dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang pelajar Tingkatan Satu.

smka tun datu mustapha
2025-09-12 14:16:20

Kes Zara Qairina: Arwah Didakwa Terlibat Kes Mencuri Sebelum Kematiannya, Hadir Perjumpaan Haram 'MA'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...