Kes Zara Qairina: Aktivis Terkenal Dedah Berlakunya ‘Perjumpaan Tertutup’ Antara VIP Sabah, ‘Influencer’ & 2 Guru SMKA?

Trending

Kes Zara Qairina: Aktivis Terkenal Dedah Berlakunya ‘Perjumpaan Tertutup’ Antara VIP Sabah, ‘Influencer’ & 2 Guru SMKA?

Melalui laporan Bungaraya.my, aktivis terkenal iaitu Mona Din tampil membuat pendedahan wujudnya satu ‘perjumpaan tertutup’ yang didakwa dihadiri oleh pihak tertentu kononnya mewakili seorang VIP di Sabah, sekali gus membuat orang ramai tertanya-tanya.

‘Perjumpaan tertutup’ dilakukan konon nak cerita naratif sebenar?

Dapat dilihat melalui pendedahan wanita terbabit di Facebook, pertemuan itu berlangsung pada Jumaat, 29 Ogos di sebuah lokasi di Kota Kinabalu, Sabah dan seramai 12 individu, termasuk beberapa influencer, wakil media tempatan, segelintir penganjur Himpunan JusticeForZara, serta dua orang guru dari sekolah arwah Zara.

Advertisement

Dakwa Mona, dua guru tersebut hadir kononnya mahu menceritakan ‘kisah benar’ mengenai kes kematian pelajar sekolah berasrama itu, Allahyaham Zara Qairina, di mana antara naratif dibangkitkan adalah arwah benci ibu kandungnya, selain muncul plot Zara barangkali ‘mengigau atau berjalan dalam tidur” sehingga terjatuh dari bangunan.

 

perjumpaan tertutup di sabah kes zara qairina

 

VIP Sabah, guru-guru arwah Zara, influencer hadir?

Selain itu, mesej tangkap layar memaparkan jemputan rasmi kepada influencer turut didedahkan, di mana kandungannya tertulis tentang makluman perjumpaan itu dianjurkan atas inisiatif seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang disebut mewakili VIP Sabah atas tujuan untuk ‘membersihkan nama sekolah’ serta meredakan tekanan guru dan murid.

Namun begitu, selepas ia tular, pihak berkenaan menafikan pembabitan mana-mana VIP Sabah, sekali gus menimbulkan tanda tanya siapakah dalang di sebalik program tertutup itu.

perjumpaan tertutup di sabah kes zara qairina

Tidak gentar, Mona Din berkata pihaknya mempunyai banyak lagi bukti mesej, butiran jemputan serta maklumat bahawa dua guru sekolah berkenaan terlibat dalam siri perjumpaan seumpamanya, malah juga mendakwa ada usaha untuk memujuk pihaknya hadir kerana mahu menceritakan ‘naratif sebenar’.

Dari awal minggu lagi, sahabat saya dimaklumkan mengenai perjumpaan ini. Nama rasmi dengan jawatan disebut jelas, konon mewakili VVIP Sabah. Tiba-tiba selepas kecoh, mereka mahu nafikan pula.

Guru lelaki dakwa Zara ‘mengigau atau terjun sendiri’

Katanya, tindakan mengajak guru-guru sekolah arwah Zara hadir ke sesi sedemikian sangat tidak wajar, lagi-lagi ketika masyarakat sedang menunggu hasil siasatan rasmi, laporan post-mortem serta inkues.

perjumpaan tertutup di sabah kes zara qairina

Jika benar niatnya untuk membersihkan nama sekolah, mengapa tidak Pengetua atau pihak Kementerian Pendidikan sendiri tampil? Mengapa perlu guru tertentu yang dibawa ke sesi tertutup dengan influencer?

Lagi menimbulkan kemarahan kerana salah seorang guru lelaki asrama itu mengaitkan kematian Zara dengan berkemungkinan ‘mengigau atau terjun sendiri’, selain menolak unsur pergelutan.

Susulan itu, Mona menggesa agar ibu arwah Zara untuk membuat laporan polis dan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada guru-guru terbabit bagi menuntut bukti naratif yang dibawa dalam perjumpaan berkenaan.

zara qairina syamsul haris
2025-08-31 18:45:44

Zara Qairina & Syamsul Haris: Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan - "Tak Pernah Terjadi"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...