Melalui laporan Berita Harian, Mahkamah Koroner pada hari ini telah menetapkan prosiding inkues berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu di Sabah iaitu Allahyarham Zara Qairina bermula bulan hadapan.
Difahamkan, prosiding tersebut akan menentukan sama ada kes kematian terbabit berunsur jenayah ataupun tidak.
Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh prosiding pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September 2025, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 20 September.
Dalam pada itu, seramai 195 saksi dikenal pasti untuk inkues tersebut.
Memandangkan kes ini adalah suatu kes yang berkepentingan awam, jabatan ini akan memohon permohonan kes ini dipercepat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan, bukan saja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum.