Kumpulan muzik punk Armpunk Sindicate menjelaskan bahawa mereka tidak berniat menyinggung mana-mana pihak berhubung kenyataan yang dibuat baru-baru ini.
Mereka turut menafikan dakwaan bahawa kenyataan tersebut memperlekeh atau menghina komuniti skinhead Johor.
Ia susulan kenyataan mereka yang menggelar sekumpulan otai skinhead yang sebelum ini didakwa telah membelasah vokalis mereka sebagai “7 bacul botak tua pukul 1 anak seni”.

Menurut Armpunk Sindicate, mereka hanya menuntut keadilan bagi vokalis mereka yang dibelasah atas sebab remeh hanya kerana tidak bersalaman atau mencium tangan otai selepas keluar dari tandas.
Namun begitu, kenyataan mereka telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak sebagai cubaan menjatuhkan nama baik skinhead Johor.
Perkara ini dinafikan sekerasnya oleh Armpunk Sindicate yang meluahkan rasa kecewa apabila seorang anak seni menjadi mangsa budaya buli dan kekerasan.
Kami minta maaf jika mana mana pihak terguris hati di atas posting kami.Niat kami bukan ingin melaga-lagakan atau memburukkan ‘Skinhead Johor’.
Dan ianya tidak melibatkan mana-mana community sekali pun.Maksud yang kami ingin sampaikan, insiden dan kejadian tersebut adalah melibatkan Skinhead berasal dari Johor dan sepatutnya ia lebih dititikberatkan dari komuniti Skinhead Johor untuk mengenal pasti budaya tersebut supaya tidak terjadi lagi di kemudian hari.
Ramai yang melihat kejadian Zed dipukul tapi tiada siapa berani tolong atau berkata apa-apa. Jangan normalisasikan perbuatan ini lagi.Kami minta maaf jika kami terguris hati sesiapa. Niat kami hanya berkata fakta dan tindakan ini dengan harapan ini tidak terjadi lagi.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan bahawa mereka telah menerima maklumat berkaitan insiden yang tular itu dan sedang menjalankan siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlibat diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.