Kes Video Berseluar Dalam : Instagram Arja Lee Digodam

Hiburan

Kes Video Berseluar Dalam : Instagram Arja Lee Digodam

Kecoh juga pagi tadi mengenai video Arja Lee yang bermain bola dengan hanya memakai seluar dalam dan dimuat naik ke akaun Instagramnya. Boleh kata, teruk juga Arja dikecam oleh peminatnya di Instagram sehinggakan ada yang hilang rasa hormat terhadap pelakon tersebut.

Setelah isu ini menjadi viral, pengurus Arja iaitu Lin Ramli berkata, usaha mereka untuk memadam video berkenaan gagal kerana akaun Instagram Arja sebenarnya sudah digodam.

Advertisement

Telefon bimbit Arja hilang malam tadi selepas kami pulang daripada makan malam dan dia menyedari hal tersebut ketika sudah pun berada di rumah. Arja cuba membuang video tersebut, namun malangnya akaun itu sudah ditukar kata laluan dan dikawal oleh pihak tertentu.

Arja juga sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara jam 2.30 pagi Rabu tentang telefon bimbitnya yang hilang. Buat masa ini, Arja yang merasa tertekan kerana isu video beliau belum bersedia untuk memberikan penjelasan lanjut mengenainya.

Kami sudah buat laporan polis selepas mengetahui kehilangan telefon itu malam tadi dan sekarang ingin ke Celcom untuk urusan kehilangan.

Saya minta maaf kerana Arja belum sedia untuk bercakap dengan media. Dia dalam keadaan tertekan dan terkejut dengan perkara ini. Insya-Allah dia akan buka mulut bila semuanya sudah selesa.

Dah curi telefon bimbit orang satu hal, lebih teruk lagi muat naik video yang sebegitu di laman sosial. Siapa tahu ini mungkin perbuatan orang yang sudah lama berhasad dengki dengan beliau dan menggunakan cara kotor seperti ini untuk memburukkan nama Arja. Harap Arja dapat bersabar dan cuba untuk tenangkan diri.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...