Setelah isu ini menjadi viral, pengurus Arja iaitu Lin Ramli berkata, usaha mereka untuk memadam video berkenaan gagal kerana akaun Instagram Arja sebenarnya sudah digodam.
Telefon bimbit Arja hilang malam tadi selepas kami pulang daripada makan malam dan dia menyedari hal tersebut ketika sudah pun berada di rumah. Arja cuba membuang video tersebut, namun malangnya akaun itu sudah ditukar kata laluan dan dikawal oleh pihak tertentu.
Arja juga sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara jam 2.30 pagi Rabu tentang telefon bimbitnya yang hilang. Buat masa ini, Arja yang merasa tertekan kerana isu video beliau belum bersedia untuk memberikan penjelasan lanjut mengenainya.
Kami sudah buat laporan polis selepas mengetahui kehilangan telefon itu malam tadi dan sekarang ingin ke Celcom untuk urusan kehilangan.
Saya minta maaf kerana Arja belum sedia untuk bercakap dengan media. Dia dalam keadaan tertekan dan terkejut dengan perkara ini. Insya-Allah dia akan buka mulut bila semuanya sudah selesa.
Dah curi telefon bimbit orang satu hal, lebih teruk lagi muat naik video yang sebegitu di laman sosial. Siapa tahu ini mungkin perbuatan orang yang sudah lama berhasad dengki dengan beliau dan menggunakan cara kotor seperti ini untuk memburukkan nama Arja. Harap Arja dapat bersabar dan cuba untuk tenangkan diri.