Kes Tukar Jantina Di Kad Pengenalan : Nur Sajat Enggan Minta Maaf

Hiburan

Kes Tukar Jantina Di Kad Pengenalan : Nur Sajat Enggan Minta Maaf

Usahawan kosmetik, Nur Sajat enggan membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial dalam tempoh 48 jam seperti yang dituntut oleh seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof atas dakwaan usahawan itu telah menganiaya dirinya kerana gagal menguruskan dokumen menukar maklumat jantina daripada “lelaki” kepada “perempuan” di dalam kad pengenalan.

Advertisement

Sajat mengatakan dirinya tidak bersalah dan tidak pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan untuk menukar maklumat jantina seperti yang didakwa

Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohanan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut.

Sebab saya pun tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar. Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa pula saya yang kena minta maaf.

Terdahulu, Yusmiliati menerusi satu sidang media memberitahu pembantu peribadi Sajat, iaitu Ashaari Bin Maznan telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina “lelaki” kepada “perempuan”

Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan Sajat seorang khunsa. Gara-gara itu, Sajat dikatakan tidak berpuas hati dan membuat laporan polis terhadap Yusmiliati menuduhnya menipu duit bayaran bagi proses berkenaan.

Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.  Malah, Yusmiliati turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan iaitu menipu dan kes masih dalam proses sebutan disebabkan dia mengaku tidak bersalah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

17 Comments

  1. anon

    June 19, 2019 at 9:28 am

    yg admin ni pun satu hal ..type nama lelaki dia lah lagi nak nursajat2 ..
    semak !

  2. Mira

    June 19, 2019 at 8:41 am

    Hello bella. Muhammad Sajjad k. Nursajat pehal lak.

  3. Sabri Ali @ Nick

    June 18, 2019 at 7:51 pm

    THIS TRANSGENDER AGAIN

  4. Bawang

    June 18, 2019 at 7:40 pm

    Sajat tukar warganegara. India boleh transgender. Confirm ko jd status pompuan tiruan. Aww

  5. wallaeiiii

    June 18, 2019 at 6:32 pm

    berputar abang sajat nih cover story…
    1. Ashaari Bin Maznan pembantu sajat yg buat laporan polis – sbb Yusmiliati dituduh menipu duit bayaran utk buat permohonan tukar jantina sajat ke JPNM… bila promohonan kene reject sajat takpuas hati soh pembantu lapor polis alasan tipu duit…
    2. Yusmiliati kene tangkap – dakwa di Mahkamah Majistret Ampang, dlm proses sebutan disebabkan dia mengaku tidak bersalah..
    3. Yusmiliati buat sidang media terus – bagitau punca permohonan sajat gagal.. sbb permohonan tidak disertakan surat pengesahan doktor sajat khunsa.. sajat kene minta maaf dlm masa 48jam..
    4. Muhammad Sajjad Kamaruzaman – tak nak minta maaf & tak mengaku minta tukar jantina… skrg ni kalo ckp tak kenal Yusmiliati ok paham laaa lagik sbb pembantu yg uruskan… tp si Ashaari g upah org utk permohonan tukar jantina atas arahan sajat juger… duit 1st payment Yuslimiati dpt pun bukan duit peribadi Ashaari.. duit dari sajat juger… kuat menipu lah pondan nih.. dah potong bersih ingat doktor takleh detect kerrr…

Loading...