Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kes Tukar Jantina Di Kad Pengenalan : Nur Sajat Enggan Minta Maaf

Usahawan kosmetik, Nur Sajat enggan membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial dalam tempoh 48 jam seperti yang dituntut oleh seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof atas dakwaan usahawan itu telah menganiaya dirinya kerana gagal menguruskan dokumen menukar maklumat jantina daripada “lelaki” kepada “perempuan” di dalam kad pengenalan.

Advertisement

Sajat mengatakan dirinya tidak bersalah dan tidak pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan untuk menukar maklumat jantina seperti yang didakwa

Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohanan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut.

Sebab saya pun tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar. Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa pula saya yang kena minta maaf.

Terdahulu, Yusmiliati menerusi satu sidang media memberitahu pembantu peribadi Sajat, iaitu Ashaari Bin Maznan telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina “lelaki” kepada “perempuan”

Advertisement

Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan Sajat seorang khunsa. Gara-gara itu, Sajat dikatakan tidak berpuas hati dan membuat laporan polis terhadap Yusmiliati menuduhnya menipu duit bayaran bagi proses berkenaan.

Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.  Malah, Yusmiliati turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan iaitu menipu dan kes masih dalam proses sebutan disebabkan dia mengaku tidak bersalah.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. Anonymous

    June 19, 2019 at 9:37 am

    ape susah, tunjukkan jela document submission tu sure ade copy kan, kalau mintak kat JPN mmg sah2 diorg takkal reveal sbb tu policy. takkan lah borang banyak2 takde yg nak kena sign, kalau ade tunjuklah

    • Anonymous

      June 20, 2019 at 5:17 pm

      Tgk dkt company info sajat sape director..muhammad sajat kan..dh jantan tu jantan la..bnyk bunyi plak hai..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top