Kes Tragis Di Sungai Penchala: Penganggur Mengaku Bersalah Bunuh Kedua Ibu Bapa

Kehidupan

Kes Tragis Di Sungai Penchala: Penganggur Mengaku Bersalah Bunuh Kedua Ibu Bapa

Lelaki yang didakwa membunuh kedua ibu bapanya dalam satu kejadian tragis di kediaman mereka di Sungai Penchala hujung tahun lalu, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh Afendi Muhammad Agus, 43, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim K.Muniandy.

Advertisement

lelaki mengaku bunuh ibu bapa

Muniandy dilaporkan meminta peguam, Mohd Ruzaini Zulkifli yang mewakili tertuduh untuk mendapatkan kepastian, sama ada anak guamnya berhasrat mengekalkan pengakuan bersalah atau sebaliknya.

Saya tak pernah jumpa anak guam, ini kali pertama kami bertemu, jadi saya menasihatinya supaya tidak mengaku bersalah memandangkan dia berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Saya akan bincang mengenai pengakuan bersalah ini bersama anak guam, selain perlu meneliti dokumen berkaitan kes.

lelaki bunuh ibu bapa sungai penchala

Mengikut dua pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas pesara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, 82 dan Darlisma Njatu Saleh, 72.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir 6 di sini masing-masing pukul 7.10 malam dan 7.20 malam pada 9 Disember 2023.

Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan 10 Oktober depan untuk pengurusan kes.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

warga emas maut ditikam guna gunting
3 months ago

Mahu Bantu Leraikan Pergaduhan, Warga Emas 80 Tahun Maut Ditikam Dengan Gunting Oleh Anak Saudara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...