Kes Tik*m : “Anak Introvert, Saya Tak Tahu Bagaimana Nak Berdepan Dengan Ibu Bapa Mangsa” – Ayah Suspek

Kehidupan

Kes Tik*m : “Anak Introvert, Saya Tak Tahu Bagaimana Nak Berdepan Dengan Ibu Bapa Mangsa” – Ayah Suspek

Bapa kepada remaja lelaki berusia 14 tahun yang ditahan kerana disyaki membunuh rakan sekolahnya di Bandar Utama semalam meluahkan rasa hancur dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Dalam temu bual bersama akhbar China Press, lelaki berusia 40 tahun itu berkata, beliau tidak pernah menyangka anaknya mampu melakukan sebarang keganasan, apatah lagi hingga meragut nyawa seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Advertisement

kes tikam

Saya tahu apa sahaja yang saya katakan sekarang tidak memberi sebarang makna.Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka.
Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka.

Menurutnya, anaknya merupakan seorang yang pendiam dan introvert, jarang berkongsi hal peribadi atau perkara yang berlaku di sekolah.

Anak saya seorang yang pendiam dan introvert. Walaupun ada sesuatu berlaku di sekolah  sama ada dia dibuli atau tidak dia tidak akan memberitahu saya.

Mengimbas kembali hari kejadian, lelaki itu berkata semuanya bermula seperti biasa apabila dia menghantar anaknya ke sekolah pada waktu pagi.

kes tikam

Dia tidak menunjukkan sebarang kelakuan luar biasa. Memang prestasi akademiknya agak lemah, tapi dia bukan jenis budak yang suka buat masalah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, sebelum ini mengesahkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun telah ditahan selepas menikam hingga mati seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kesan tikaman di bahagian badan, dan pihak polis kini sedang meneliti motif sebenar insiden tragik tersebut.

Bapa suspek dalam nada penuh kesal berkata, apa yang berlaku merupakan tamparan paling berat dalam hidupnya.

Saya sedar tiada sebarang permohonan maaf yang cukup untuk menebus apa yang sudah berlaku. Hati saya sangat hancur dengan perbuatan anak saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

d
2025-10-14 21:19:21

Tular Video Suspek T*kam Berlegar-Legar Di Sekolah Usai Lakukan Jenayah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...