Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kes Tampar Polis Dan Ganja : Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes beliau menampar anggota polis trafik dan menendang dua orang awam semalam.

Advertisement

Farid tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis pada 10.07 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.  Turut hadir di mahkamah adalah adik Farid iaitu Fadzil Zahari.

Perintah tahanan reman terhadap Farid dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid datang ke balai bersama seorang lelaki untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, Farid kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long. Tidak pasti apa yang berlaku, Farid secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : Facebook Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

81 Comments

  1. Anonymous

    January 12, 2018 at 6:16 pm

    Saya peguam. Saya minta tolong Beautifulnara turunkan video viral FK dengan saspek yang lain. Ada di antaranya reman ditolak. Jadi wajah saspek lain tu menyebabkan terfitnah saspek lain. Kita kena faham fungsi reman tu untuk apa. Hanya untuk siasatan bukan pun Orang Kena Tuduh lagi.

    Tindakan pengamal media mengaibkan FK dan saspek lain yang tidak bersangkutan tidak patut. Menyedihkan.

    • Panca Delima

      January 12, 2018 at 7:23 pm

      Setuju.

  2. wateva

    January 12, 2018 at 5:46 pm

    Hai, Xkan [email protected] X dtg tgk lakinya…X serasi bersama dah kaa…huhhu..

  3. nok gebuzzz

    January 12, 2018 at 4:39 pm

    kesian dekat anak2 dia..mesti tanya daddy mn,sabar jer la d….mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian…

  4. snow

    January 12, 2018 at 4:06 pm

    sedihnya..apa la perasaan family, isteri n terutama anak dia. bila besar nnt mesti akan tgk apa jd pada ayah diorang.

  5. Faridah Kamil

    January 12, 2018 at 3:53 pm

    Farid Kamil ni crush aku kot dulu. Masa tu aku suka dia time dia berlakon tambahan dalam cerita Cinta Kolestrol then lepas tu semua filem yang Farid Kamil berlakon aku minat gila, 7 Perhentian, Semerah Cinta Stiletto, Lagenda Budak Setan, macam macam weh! Sygnya hang jadi lagu ni. Aku harap hang bukan macam ni dan aku harap hang mmg betul2 tersilap langkah! Be strong weh!

Loading...
To Top