Kes Suami Kelar Isteri: Suspek Dah Lama Tak Tegur Mentua, Tak Izinkan Isteri Jumpa Keluarga

Berita

Kes Suami Kelar Isteri: Suspek Dah Lama Tak Tegur Mentua, Tak Izinkan Isteri Jumpa Keluarga

Ibu kepada wanita yang maut akibat dikelar suaminya sendiri berkata dia jarang dapat bertemu anaknya kerana suspek tidak mengizinkannya.

Fatimah Seman, 63, berkata pada hari arwah anaknya itu dibunuh, mangsa ada menghubunginya supaya dapat ke tempat kerja di sebuah pusat pengumpulan buah sawit untuk mengambil beras.

Advertisement

Saya jarang jumpa anak kerana suaminya tidak mengizinkan, kalau nak jumpa sekalipun saya perlu ke tempat kerja anak.

Suaminya sudah lama tak tegur saya, ini bukan nak aibkan dia. Dia memang tak benarkan anak saya jumpa keluarga atau saudara terdekat.

suami kelar leher isteri

 

Dah sebulan ada naluri anak akan temui ajal

Dalam pada itu, Fatimah juga berkata sejak sebulan lalu dia mempunyai naluri bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku kepada keluarganya.

Tambahnya hatinya terganggu dan dia seolah-olah ‘diberitahu’ anak perempuan kedua daripada empat adik beradik itu bakal menemui ajalnya.

Inilah naluri yang saya rasa sebulan sebelum kejadian. Hati saya terdetik dan berkata ‘anak aku akan mati’.

Kini, saya terima jawapannya dan anak saya sudah tiada. Sebagai ibu, kita boleh tahu sesuatu bakal berlaku, Allah berikan saya petunjuk walaupun saya cuba mengelak daripada memikirkan perkara buruk.

ibu wanita dikelar suami

Kredit: Alias Abd Rani/Harian Metro

Pada hari anak saya dibunuh, Allah bagi saya ketenangan, hati kuat untuk hadapi dugaan ini. Seharian saya tak makan, minum… asyik termenung.

Dalam pada itu, Fatimah juga berkongsi menantunya datang ke rumah pada jam 4 pagi lalu menyimbah minyak dan membakar empat kenderaan namun tindakannya disedari ahli keluarga.

Kalaulah kami lambat bangun, kami sekeluarga akan mati. Api semakin membesar dan saya menjerit meminta pertolongan, saya minta selamatkan kereta, rumah kerana akan meletup.

Pada jam 11 pagi semalam (Selasa), anggota bomba datang untuk siasatan. Saya beritahu dah tak dapat hubungi anak, tak tahu apa nasibnya.

lelaki bakar kereta mentua

suami kelar leher isteri
20 hours ago

"Bengang Kisah Lama Diungkit Punca Suami Kelar Leher Isteri" - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...