Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.
Menurut Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy membuat keputusan untuk membenarkan DNAA pada prosiding hari ini.

Kredit: Asyraf Hamzah/Harian Metro
Terdahulu, pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.
Beliau dituduh melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.