Kes SRC International & RM2.6 Billion : SPRM Arah Nilai Semula Keputusan Peguam Negara

Trending

Kes SRC International & RM2.6 Billion : SPRM Arah Nilai Semula Keputusan Peguam Negara

SPRM_MACC_malaysian_anti-corruption_commission_27072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_03

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan semula keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sebelum ini mengarahkan kes SRC International dan dana RM2.6 billion yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak ditutup.

Advertisement


Dalam satu kenyataan, SPRM telah memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat selepas mengadakan mesyuarat khas yang bertujuan membincangkan semula keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara itu.

Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan oleh PPO dan sebuah lagi panel khas yang akan dilantik.

Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya,” kata kenyataan tersebut sebagaimana lapor Astro Awani.

Menurut SPRM juga, PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Prof Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.

Peguam Negara pada Selasa lalu, dalam satu sidang media berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan kes SRC International dan dan RM2.6 billion.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...