Kes SRC International, Najib Didapati Bersalah Ke Atas Tujuh Pertuduhan

Trending

Kes SRC International, Najib Didapati Bersalah Ke Atas Tujuh Pertuduhan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Advertisement

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pihak pembelaan.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Mahkamah sebelum ini menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin lalu kerana pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri keenam, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Najib pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Kesemua kesnya telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan bersama.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...