Puluhan ahli keluarga yang hadir tidak dapat menahan sebak apabila melihat lima suspek kes dadah di Pasir Mas tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah menaiki trak polis hari ini.
Tangisan dan jeritan menjadikan suasana menjadi hiba dan memecah keheningan sebaik sahaja suspek yang terdiri daripada pengusaha salun dan kedai makan dikenali sebagai Miss Yuyu, suami dan tiga lagi ahli keluarga.
Segelintir ahli keluarga dilihat menangis sambil memanggil-manggil nama suspek yang tiba dalam keadaan bergari sebelum dibawa masuk ke lokap mahkamah.
View this post on Instagram
Terdahulu, media melaporkan kelima-lima suspek berusia antara 25 hingga 39 tahun itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret, berhubung penemuan 35.4 kilogram pil kuda yang disorok dalam najis lembu.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua suspek selepas pertuduhan dibawakan terhadap mereka di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.