Kes Sorok Pil Kuda Bernilai RM5 Juta Dalam Tahi Lembu: ‘Founder’ Kelantan, Suami & Tiga Saudara Dihadap Ke Mahkamah

Trending

Kes Sorok Pil Kuda Bernilai RM5 Juta Dalam Tahi Lembu: ‘Founder’ Kelantan, Suami & Tiga Saudara Dihadap Ke Mahkamah

Usahawan Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, atau dikenali sebagai Yuyu dan suami, Mohd Faizal Ismail, 35, dan tiga individu iaitu Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd. Khairu Azani Mohd. Lawi, 39, bersama Mohamad Asmawi Janudin, 25, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret Pasir Mas atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis pil kuda.

Lima individu terbabit didakwa melakukan perbuatan itu di tiga lokasi berasingan di Pasir Mas, Kelantan pada 27 Jun yang lalu.

Advertisement
suspek sorok pil kuda tahi lembuSumber : Kosmo 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Pengakuan tidak direkodkan oleh kesemua tertuduh berikutan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Difahamkan, Mohd Faizal adalah abang kepada Mohamad Farid dan mereka berdua merupakan bapa saudara kepada Mohamad Asmawi.

 

Didakwa atas tiga pertuduhan

Pertuduhan pertama:

– Mohd. Faizal didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 115 gram di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia

– Perbuatan itu dilakukan di lorong simpang tiga Jalan Gajah Mati dekat Kampung Banggol Chicha, kira-kira jam 11.15 pagi pada 27 Jun 2025.

Pertuduhan kedua:

– Mohd. Faizal dan Nur Ayu Fatihah dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 112 gram di sebuah rumah di Kampung Banggol Chicha di sini kira-kira pukul 11.30 pagi pada hari yang sama.

Pertuduhan ketiga:

– Kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 19,866 gram di kawasan ladang lembu di belakang sebuah rumah di Kampung Banggol Chica kira-kira pukul 4.30 petang pada hari tersebut.

Yuyu founder Kelantan kes pil kudaSumber : Kosmo 

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober akan datang untuk sebutan semula kes dan laporan kimia, lapor Kosmo.

 

Banyak perniagaan untuk kegiatan pengubahan wang haram, hasil jual dadah

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri ditahan selepas taktik licik mereka menyembunyikan dadah jenis pil kuda terbongkar.

Pasangan tersebut didapati menyembunyikan dadah seberat 19.86 kg itu di dalam timbunan tahi lembu di sebuah kandang di Pasir Mas. Taktik itu terbongkar selepas polis menyerbu rumah pasangan berkenaan di Banggol Chicha dan menemul pil kuda seberat 112 gram.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 35.4 kg dengan nilai RM5.04 juta dan dipercayai untuk dijual kepada golongan pelajar.

Pasangan suami isteri itu juga didapati memiliki beberapa perniagaan termasuk restoran makanan laut, perniagaan dalam talian dan salun untuk menjalankan kegiatan pengubahan wang haram, hasil jualan dadah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2024-11-09 14:54:02

Rampasan 6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan, Ada Kaitan Sindiket Dadah - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...