Kes Semakin Meningkat, Selangor Minta Kerajaan Pusat Tutup Kilang Bukan Perlu

COVID-19

Kes Semakin Meningkat, Selangor Minta Kerajaan Pusat Tutup Kilang Bukan Perlu

Kerajaan negeri Selangor menggesa kerajaan Pusat untuk menutup beberapa sektor ekonomi di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa pihaknya tetap dengan pendirian tersebut selepas melihat kes jangkitan baharu di negeri ini semakin meningkat setiap hari.

Advertisement

menetri besar selangor

“Ketika mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, saya telah menyarankan beberapa cadangan untuk dipertimbang oleh Kerajaan Persekutuan.”

“Salah satunya ialah mengekalkan penutupan ekonomi dan industri yang telah ditetapkan kecuali yang benar-benar dalam kategori essential sahaja sehingga tamat PKPD”

Menurutnya, langkah yang dicadangkan itu mampu untuk menurunkan kes baharu di negeri Selangor dan mampu memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) jika kes jangkitan di negeri ini berkurang.

Kerajaan negeri juga mencadangkan supaya para pekerja segera untuk divaksin dan kadar vaksinasi ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi.

Kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD untuk memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara.

Menerusi laporan kes jangkitan baharu Covid-19 pada 9 Julai 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 9,180 kes baharu dan Selangor mencatatkan kes yang tertinggi antara negeri lain iaitu 4,400 kes baharu.

kes baharu covid-19

Sumber : KKMPutrajaya

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...