Kerana dadah musnahlah segalanya tiada lagi kebebasan dapat dirasai untuk beberapa tahun, itulah gambaran terhadap pelakon Benjy yang dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun dan denda RM 312,539 oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis methamphetamine didalam duburnya.
Walaubagaimanapun, hukuman ini lebih ringan berbanding tempoh 14 tahun yang dicadangkan oleh pendakwa raya sebelum ini dan Benjy juga sudah terlepas daripada hukuman gantung.
Terdahulu, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, Indonesia, pada 20 April lepas kerana cuba membawa dadah tersebut yang dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur. Benjy akui beliau mula mengedar dadah untuk membiayai kos rawatan kanser ibunya iaitu pelakon Allahyarhamah Azean Irdawaty.
Harapnya ketika didalam penjara Benjy akan lebih insaf dan jadikan pengajaran atas apa yang sudah berlaku . Kami tidak nafikan Benjy sebenarnya mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan.