Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kes Selesai Cara Baik, Tiada Siapa Kalah Atau Menang – Linda Rafar

Baru-baru ini, penyanyi Linda Rafar menerusi akaun Instagramnya memuat naik kenyataan bahawa beliau sudah memaafkan semua netizen yang pernah mengecamnya berikutan kes fitnah jururawat sebelum ini. Menurut Linda, hatinya tidak tenang selagi tidak memaafkan orang lain. Malah, beliau juga turut memohon maaf kepada netizen yang terasa hati dengannya.

Advertisement

Walau bagaimanapun, seorang doktor popular mendedahkan sebab mengapa Linda memuat naik permohonan maaf tersebut. Menurutnya, Linda telah pun kalah saman berkaitan kontroversi bersama jururawat sebelum ini dan perlu membayar ganti rugi serta membuat permohonan maaf kepada jururawat yang terlibat atas tindakannya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Terbaru, Linda menafikan kemenangan berpihak kepada jururawat, perbicaraan kes antara beliau dan jururawat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu lalu tidak diteruskan selepas kedua-dua belah pihak memilih untuk menyelesaikannya secara baik.

Advertisement

Sebenarnya, perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak diteruskan kerana kedua pihak sudah selesaikan cara baik.  Tiada siapa kalah atau menang sebab kes tidak disebut. Peguam saya mencadangkan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik selepas mengambil kira semua aspek.

Apatah lagi sekarang ini kita menyambut Ramadhan dan kedua-dua pihak pun bersetuju. Saya anggap perkara ini sudah selesai selepas persetujuan mahkamah dibuat.

Dalam pada itu, Linda menjelaskan beliau tidak perlu membayar ganti rugi kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) seperti yang didakwa.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 Comments

  1. Anonymous

    May 10, 2019 at 12:27 pm

    Entahla siapa yg betul siapa yg salah…tp tak dpt dinafikan ada yg berstatus penjawat awam ni agak berlagak dan memandang rendah pada org lain…mungkin situasi ini kena pada artis dan org anggap artis itu yg berlagak…tp ada golongan penjawat awam ni bersikap ‘ko ingat ko bagus nak arah2 kan aku?’ ataupun… ‘setakat artis takda nama ada aku kesah’? kdg2 kena pada org awam jugak perkara mcm ini.Apabila jururawat duduk dlm 2 3 org…pastu pandang sinis pada org yg dtg melawat…mungkin bangga kot dgn status jururawat tu..bila ditanya buat muka sombong…padahal tak ada sape yg heran dgn status jururawat tu…kerana pelawat atau org yg sakit tu mungkin status lebih tinggi jawatan dari mereka..Untuk isu ini..kita sebagai pelawat/pesakit patot bersyukur sbb ada org yg dipilih Allah untuk menegur bagi pihak kita…dan bg institusi kerajaan terutama badan uniform…lihatlah ini sebagai bentuk teguran…Ubah sikap2 jururawat yg bersikap double standard dan sikap2 membawang ni.

  2. chrysanthemum

    May 10, 2019 at 12:22 pm

    hari tu kemain lagi ye…lepas ni harap la sedar diri yg awak tu dah x relevan lagi dlm dunia hiburan…org ingat pun sbb kes ni…lain kali jgn ingat sbb awak tu “selebriti” (kononnya) semua benda akan berpihak kt awak sorang

    • faraj

      May 10, 2019 at 12:33 pm

      ” Selebriti takder perangai camgini, Ni selebet..!!! ” Selebriti mcm Erra Fazira & sewaktu dgn nya… Selebet ni jenis org yg Bayar bil Hospital singgit tapi nk layanan mcm bayor RM10K…kikikiki

    • hahaha

      May 10, 2019 at 1:09 pm

      sesungguhnya aku sedang berpuasa..tpi dalam hati aku tergelak dengan perkataan “selebet” kau.

    • Anon

      May 10, 2019 at 1:13 pm

      Setuju part bayar singgit tapi nak layanan 10K tu ?

  3. faraj

    May 10, 2019 at 12:21 pm

    Ckp lah tak mampu buka File..!!! ko ingat Lawyer pakai kahak jerrrr..kikikiki..

  4. Anonymous

    May 10, 2019 at 12:08 pm

    Terang2 jururawat tu dipihak benar kak linda weiiii…

  5. gg

    May 10, 2019 at 11:49 am

    hahahahaa.. dah kalah malu plak nk mengaku.. time nk saman mcm confident je menang..

    • Anonymous

      May 10, 2019 at 7:41 pm

      dan English berterabur…. hahahaah

    • Netizen Gelak Berjemaah!

      May 10, 2019 at 8:35 pm

      Kalu menang dah lama masuk IG. Retis, mana boleh ngaku salah….

Loading...
To Top