Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kes Selesai Cara Baik, Tiada Siapa Kalah Atau Menang – Linda Rafar

Baru-baru ini, penyanyi Linda Rafar menerusi akaun Instagramnya memuat naik kenyataan bahawa beliau sudah memaafkan semua netizen yang pernah mengecamnya berikutan kes fitnah jururawat sebelum ini. Menurut Linda, hatinya tidak tenang selagi tidak memaafkan orang lain. Malah, beliau juga turut memohon maaf kepada netizen yang terasa hati dengannya.

Advertisement

Walau bagaimanapun, seorang doktor popular mendedahkan sebab mengapa Linda memuat naik permohonan maaf tersebut. Menurutnya, Linda telah pun kalah saman berkaitan kontroversi bersama jururawat sebelum ini dan perlu membayar ganti rugi serta membuat permohonan maaf kepada jururawat yang terlibat atas tindakannya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Terbaru, Linda menafikan kemenangan berpihak kepada jururawat, perbicaraan kes antara beliau dan jururawat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu lalu tidak diteruskan selepas kedua-dua belah pihak memilih untuk menyelesaikannya secara baik.

Sebenarnya, perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak diteruskan kerana kedua pihak sudah selesaikan cara baik.  Tiada siapa kalah atau menang sebab kes tidak disebut. Peguam saya mencadangkan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik selepas mengambil kira semua aspek.

Advertisement

Apatah lagi sekarang ini kita menyambut Ramadhan dan kedua-dua pihak pun bersetuju. Saya anggap perkara ini sudah selesai selepas persetujuan mahkamah dibuat.

Dalam pada itu, Linda menjelaskan beliau tidak perlu membayar ganti rugi kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) seperti yang didakwa.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 Comments

  1. ANON

    May 13, 2019 at 8:21 am

    NOT OUR EDUCATIONAL LEVEL KAN ZIZAN, KATA NURSE ITEWW

  2. Lulu

    May 10, 2019 at 6:57 pm

    Mmg terang² Salah nurse Linda minta tlg salinkan cadar sbb Kena najis itupunn nurse dah besar kepala.sudah² la mak Linda pun dah meninggal la DON…kesiann Linda..

  3. Anonymous

    May 10, 2019 at 2:11 pm

    belum lagi dia minta maaf dalam socmed dia kepada jururawat tu..
    tunggu lagi samannya 2 juta tu macam mana ye Puan Linda
    tak ada duit lah tu nak bayar semua itulah peguam terpaksa buat diluar mahkamah nasib terkena nurse yang baik hati…………
    kalau tidak tentu nurse tu kata not our level kan zizan nak selesai luar mahkamah

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama