Kes Selebriti Didakwa Lakukan Amang Seksual Di Hotel, Zed Zaidi Akui Terkejut – “Kita Tak Sangka Dia Yang Terbabit..”

Trending

Kes Selebriti Didakwa Lakukan Amang Seksual Di Hotel, Zed Zaidi Akui Terkejut – “Kita Tak Sangka Dia Yang Terbabit..”

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai seorang penyanyi dan pelakon terkenal yang terbabit dengan kes amang seksual yang didakwa dilakukan terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi berkata, dia terkejut dan tidak menyangka selebriti itu terbabit dengan kes sebegitu.

Advertisement

zed zaidi

Walau bagaimanapun, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil turut berkata penyanyi itu belum lagi didapati bersalah dan siasatan terperinci masih dijalankan oleh pihak polis dan undang-undang akan menentukan.

Memang saya sangat terkejut dan kita tidak sangka dia yang terbabit. Tapi, itulah dunia sekarang ini, kita tak boleh jangka.

 

Kadang-kadang orang itu baik, tiba-tiba sebaliknya pula. Kadang-kadang orang ini kita nampak ‘jahat’, tapi sebaliknya. Jadi benda-benda ini, memang sekarang sangat sukar dijangka.

 

Ditambah dengan perkembangan teknologi terutama kecerdasan buatan (AI), itu juga kita takut ia akan jadi satu ancaman kepada selebriti di masa akan datang.

Dalam pada itu, Zed turut mengingatkan serta menasihati golongan selebriti agar lebih berhati-hati supaya tidak terbabit dengan sebarang perbuatan yang terkait dengan individu di bawah umur dan kanak-kanak.

zed zaidi

Sekarang ini, kalau yang membabitkan gangguan seksual dan juga cabul terhadap kanak-kanak serta di bawah umur memang sangat serius. Artis kenalah berhati-hati terutama dalam media sosial. Sekarang ini bukan macam dulu dan kadang-kadang tidak boleh nak salahkan artis 100 peratus juga.

 

Jadi, kita sebagai artis kena berhati-hati dan jangan buat perkara yang pelik-pelik. Sebab apa, sekarang ini bila artis ditangkap dan dia baru didakwa serta belum lagi bersalah, kita tak boleh terus menuduh.

Kata Zed, ia membabitkan proses siasatan yang panjang sebelum mahkamah menjatuhkan keputusan bersalah atau tidak dan kemudian barulah pihak persatuan boleh fikirkan tindakan bakal diambil.

Selebriti Popular Lakukan Amang Seksual, Mangsa Dedah Sudah 3 Bulan Kenal
1 day ago

Selebriti Popular Lakukan Amang Seksual, Mangsa Dedah Sudah 3 Bulan Kenal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...