“Kes Saya Lain, Saya Bukan Nak Menggatal” – Zarina Zainuddin Titip Pesanan Buat Wanita ‘Penyondol’ Di Luar Sana

Hiburan

“Kes Saya Lain, Saya Bukan Nak Menggatal” – Zarina Zainuddin Titip Pesanan Buat Wanita ‘Penyondol’ Di Luar Sana

Pelakon berkaliber, Zarina Zainuddin tampil meluahkan rasa berang terhadap wanita yang berniat untuk menjadi ‘penyondol’ dan meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Dia juga ada memuat naik video pendek yang mengkritik kelakuan segelintir wanita yang seakan miang dan sanggup menjadi pengacau dalam rumah tangga wanita lain.

Advertisement

Nasihat buat wanita penyondol

Video ini untuk perempuan gatal yang nak kahwin dengan laki ornag, merenyam kat bawah tu ingat ya tak senang nak kahwin dengan laki orang. Jadi nombor dua ni otak kena kuat, iman tka cukup, tak payah! Jadi orang gila kat rumah nanti.

Cari lelaki bujang, tak payah nak peningkan kepala. Sampai ke tua orang akan kata kau penyondol.

Kisah hidup jadi isteri kedua ‘tidak sama’

Turut menjadikan kisah perkahwinannya sebagai contoh, Zarina memaklumkan bahawa takdir hidupnya sebagai isteri kedua bukan atas alasan ‘menggatal’ sebaliknya mengenali suami dengan cara yang baik.

Kes saya lain, tak akan sama. Saya bukan nak menggatalk, saya kenal dia baik. Dia bawak saya jumpa bini dia. Dah 30 tahun saya berkahwin.

Malah, menurut Zarina, dia masih berasa bersalah kerana mengacau hak madunya dan sentiasa makan hati sepanjang perkahwinan.

Sampai sekarang terasa berdosa kacau hak madu saya. Nak buat apa hidup asyik makan hati? Dia makan hati, saya makan hati, laki makin lama makin botak fikir hal bini bini ni. Ishh korang fikirlah sendiri.

Sekadar info, Zarina Zainuddin dan suami, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar telah bernikah pada 13 Julai 1993. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak lelaki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zainol macwilson zahirah
2 months ago

"Papa Gadaikan Maruah, Hampir 'Cemarkan' Majlis" -Zahirah & Aiman Rai 'Anniversary' Ke-4, Bapa Dedah Insiden Tidak Diduga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...