Kes Saman Puteri Sarah Liyana Terhadap Ira Kazar Telah Selesai – Peguam Syamsul

Hiburan

Kes Saman Puteri Sarah Liyana Terhadap Ira Kazar Telah Selesai – Peguam Syamsul

Usai sahaja kes cerai antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah pada Rabu, peguam syarie mewakili pengarah filem Munafik itu tampil mengesahkan bahawa isu saman bekas isteri kepada anak guamnya itu terhadap Ira Kazar telah pun selesai.

Peguam Syarie Azmi Mohd Rais memaklumkan ia membabitkan kes saman Puteri Sarah terhadap isteri Syamsul kini yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Advertisement

Walau bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai isu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum.

Ya, semua kes selesai, ia berdasarkan penyelesaian penuh yang ditandatangani oleh Syamsul dan Puteri Sarah pada malam Selasa.

Difahamkan, ia merujuk kepada status kes nusyuz, injuksi dan sivil Ira termasuk keluarganya.

Tambah Azmi lagi seperti memetik Astro Awani, penyelesaian berkenaan dibuat secara penuh dan muktamad, dan tiada sebarang isu yang timbul antara kedua-dua pihak.

Puteri Sarah pada Jun 2022 telah memfailkan saman terhadap Ira selepas dia didakwa mengganggu rumah tangganya.

Semalam, Syamsul telah melafazkan cerai talak satu buat kali kedua terhadap Puteri Sarah setelah beberapa tahun bergelut dengan isu rumah tangga membabitkan pihak ketiga.

Puteri Sarah Ira Kazar
2 years ago

Sudah Bercerai Talak Satu, Puteri Sarah Bersedia Nak Bertemu Ira Kazar? Ini Jawapan Tuan Badan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...