Written by serenity | September 8th, 2017

Rasanya ramai pembaca BeautifulNara kenal dengan Watie Sadali yang kini sering melakonkan watak ibu mertua vogue dalam drama-drama Melayu bersiri.
watiehana
Pada 10 Mac 2015, Watie telah diperintahkan untuk  membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.83 yang difailkan oleh bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang.

Bagaimanapun, mStar Online melaporkan yang Watie ketika ditemui berkata, jumlah yang dituntut Hana di luar kemampuannya dan turut membuat rayuan di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali ketika mendengar kes itu hari ini.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Saya bukan hendak melarikan diri daripada membayar ganti rugi itu tapi jujur saya katakan jumlah itu memang di luar kemampuan saya dan pendapatan saya pun bukannya banyak dan masih berlakon untuk mendapatkan wang.

Jika saya mempunyai perniagaan yang besar dan berjaya memang saya akan bayar tetapi memang saya tidak mampu.

Sebab itu saya mohon rayuan kepada mahkamah agar jumlah itu dikurangkan dan itu pun saya boleh lunaskan secara ansuran bulanan.

Bagaimanapun, Watie mendakwa dia tidak diberi peluang membela diri

Saya terkejut sebenarnya ketika kes dahulu selesai begitu sahaja tanpa saya berpeluang membela diri.

Saya pernah cuba bertemu dengan Hana untuk selesaikan masalah tetapi dia menolak dan pilih jalan ini. (Selesaikan di mahkamah).

Saya cuba juga buat rayuan sebelum ini tetapi kes ini telah ditutup.

Jika benar saya bersalah saya minta maaf dengan Hana dan sekarang pun saya positif sahaja.

Kita pernah berkawan dan tak sangka pula jadi begini tetapi saya reda dan cuba selesaikan masalah ini

Terdahulu, Hana Adnan yang juga bekas anggota kumpulan Elite bersama Watie telah diisytiharkan muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.

Ketika itu beliau hanya ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan Watie membeli sebuah kereta Toyota Wish.

Bukan niat Hana  untuk tidak menyelasaikannya dengan cara baik, namun usaha beliau sebelum ini tidak membuahkan hasil.

Sebelum ini, selama 5 tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini.

Gambar: Instagram Watie Sadali

Hana juga menjelaskan sebelum ini suami Watie iaitu Joey ada menghubunginya untuk berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan masalah ini namun menurut Hana perkara tersebut sudah terlambat.

Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman.

Gambar: Instagram Hana Adnan

Bagaimanapun, pada pendapat penulis tindakan Hana adalah wajar untuk membersihkan namanya sebagai penghutang sedangkan Toyota Wish tersebut bukan digunakan olehnya. Mungkin ia patut jadi pengajaran kepada semua orang supaya melangsaikan pinjaman bank.

Bila tindakan mahkamah sudah dibuat, memang sulit untuk menghentikannya. –beautifulnara.com

73 responses to Kes Saman Pinjaman Toyota Wish: Watie Sadali Tak Mampu Bayar

  1. Melati says:

    Tk patut lah kete Wish tu masa thn 2013 dlm RM50K jew tapi tuntut sampai 800K , amik kesempatan atas susah org … Kalau ikut undang2 Watie cuma pinjam bukan nya curi …!! Hana juga yg bagi kunci .. ni contoh .. susah kete sambung bayar ni adik beradik pun boleh bermusuh …

    0

    133
    • gebang says:

      ko tak diisytihar muflis boleh la kata gitu.. ko pernah tak hidup masa diisytihar muflis? rumah kena sita, akaun bank kena beku, tak boleh usik duit tu langsung. so memang berbaloi la tuntutan tu sepanjang tempoh hana terumbang-ambing.. kalau ada parents, leh la numpang parent sementara nak settle, kalau sebatang kara? merempat la bawah jambatan sebab orang lain punya hal.. huh!

      233

      0
      • jemah says:

        btol2… igat lg kes dia ni… sian Hana nk g obersee x boleh… sbb hutang yg bukan dia buat

        45

        0
      • Anonymous says:

        Entahnya. Padan muka si Watie. Tak mampu tp pakai wish. Aku pakai MyVI je. Itu pon nangis nak bayar bila akhir bulan. Dahla org bg pinjam nama. Bila org tu cari, kau elak. Padan muka.

        34

        0
        • wekkkkkkk says:

          eksen, eksen, eksen bawa, masa bawak kereta takut lak di ekorI si penarik kereta kan.
          RM700K…fuh byk tu. Boleh beli tanah sawah 1ekar skrg ni di Perak RM55K X 10 =550K.
          Baki RM150K- boleh simpan ASB, kalau di kira saham +- boleh dpt = RM8K setahun.

          18

          0
    • Saya says:

      Dia dah buat orang tu sampai diisytihar bankrupt kot. Padan la muka. Masa senang ada duit tak bayar pun loan. Mentang2 bukan nama ko. Bila dah kena saman bagai baru terhegeh2 nak mintak maaf apa semua. Kalau setakat tak bayar sebulan dua takkan sampai declare bankrupt kan. Noted untuk peminjam2 hutan kat luar tu yang pakai nama orang lain ni jugak. Zaman sekarang biasala kadang2 yang bagi pinjam pulak terhegeh2 tagih duit sendiri.

      66

      0
    • Anonymous says:

      Dah orang tu ambik kesempatan kebaikan si Hana ni jadi guarantor dulu sampai muflis!Mahkamah tentukan jumlah tu berdasarkan fakta yang ada.Bukan suka2 nak tentukan macam tu.Hana ni bila dah bangkrap nak buat pinjaman satu apa,beli rumah pun tak boleh.Bagi ajar sikit si Watie tu

      37

      0
    • cik pa says:

      Kete wish mse thn 2013 rm50k? sme dgn hrge kerete Proton / Perodua? seriously??! xprnah plak dgr kereta toyota semurah ni…kete baru tuuuuu…

      23

      0
      • wekkkkkkk says:

        mana ada harga wish mcm tu 50k.(kete baru)..sembang kencang sajakan, tapi ilmu lain kena tau jugakkan.
        melenken klon…kalau klon..lgi bwh 50k kot.
        aku sndiri pun tak tahu harga keta klon kalau wish..sbb x pernah ada hati nk survey price apatah lagi beli klonklonklon…ni.
        wekkkkkkk
        wispa kot yg RM50K tu…tapi wispa apa…mana ada.

        5

        0
        • Kipas Lipas says:

          Wish mana de baru. Semua recon kt mesia ni. No plat je ko bolwh dpt yg latest. Klu nk baru, ko kene order direct dr luar.

          5

          0
      • Anonymous says:

        WIsh dalam 150k xsilap aku. Sama harga dgn Civic kot.

        5

        0
    • Chohkri Yulis. says:

      Watie ni mmang de masalah dr dulu lg.
      Dulu pnh kantoi MINUM ARAK kan…br blk dr club ke pe..

      Lama crita ni…mse aku skola rendah.

      8

      1
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      jangan mempermainkn kepercayaan kawan..kalau kawan dh tarok kepercayaan pada kite jadi kite nak kena jaga dn ingat ape yg kite pinjam kereta duit n ape saja yg kite pinjam tu kite nak kena ingat lah jangan buat bodohhh aje ! walau pon pinjaman itu sikit setakat 50ribu 50ringit 50sen kite nak ingat untok bayar walau pun dengan kawan baik kite ..! kite jangan ambek rengan tentang ini perkara..saya tak mampu bayar so senang nye jawapan watie ..what are friends are for ? dh pinjam pakai dh tu buat bodoh mana boleh gitu !!! kalau gini lah prangai watie selama nye berkerja dia tidak akan boleh senang..cari lah banyak2 duit tidak akan cukup…babtu minah jambu dh cakap kelmarin kawan baik tidak boleh percaya…kawn baik la yg suka ambil kesempatan …

      7

      0
      • Anonymous says:

        Bukan kwn jer adik beradik pon sama

        6

        0
        • wekkkkkkk says:

          kalau dik bradik, ini lagi payah nk settel. Bila raya bermaafan mcm tu setiap tahun, siap minta ampun & maaf, tapi dlm hati masih terpahat dendam sbb nama buruk kt bank. Balik raya sbb rayalah..ada ibubapa lagi, kalau x ada ibubapa entahlah..hal ko, hal aku.

          0

          0
    • Anonymous says:

      Tak kisahla berapa harga wish tu zaman tu.. tuntutan tu dibuat setelah dia muflis.. harga tu untuk semua kesusahan yg hana tanggung. Cuba kawan ko pinjam 500 ringgit tapi susah gila bayar balik. Agak2 best x? Ini bulan soal ambik kesempatan. Ini soal maruah dan kesusahan yg ditanggung hana. Muflis kot. Bukan unpaid leave. Cakap sedap hati je ko ni.

      18

      0
    • Fidot says:

      Ni Wati or Joey yg komen senyap2 kot..hihi

      2

      2
    • fub says:

      weh mangkuk ko tak tahu cerita jgn nk comment lebih. malu sendiri kah888

      0

      0
    • ABAH KAU says:

      kau ni bodoh la melati.
      tak tau citer sampai habis lagi nk mengater…
      kalau tk kerana wati yg bebal tu biarkan je kes ni, jadi mahkamah kenakan faedah.
      bukan hanah suka suka letak harga tu, mahkamah yg tetapkan.
      Tapi wati ada buat rayuan sbb dia tak mampu.
      Mahkamah suruh dia sediakan slip gaji apa benda smua, bukti pendapatan bulanan dia.

      1

      0
  2. pinklady says:

    1st

    0

    4
  3. wekkkkkkk says:

    nk bergaya, tapi papa kedana. Keta kancil boleh je, muat dan selesa jugk. Tapi kalau nama dh black list, motor nk buat loan pun x lepas, nikn pulak kereta kancil, apath lagi toyota. Mcm nilh kalau kita baik berpada-pada, buat jht jgn sekali.

    24

    0
  4. adoii says:

    bila dah naik mahkamah, baru nak berbaik2 eh.. sebelum tu menghilang ke mana? tu la, next time kalau tak mampu, jangan la beria2 nak bertoyota wish bagai. ni kira case biar papa asal bergaya la ni eh? huh

    25

    0
  5. jihan2 says:

    jual bontot la kalau xde duit nak bayo..duit dari hasil membontoti bole buat bayo saman.

    7

    4
  6. bravoo_girl says:

    Smpai jadi muflis orang tu, mesti ler dia marah… Pasti ada sebab kenapa Hana buat tuntutan sebanyak tu & mahkamah pun luluskan…
    Mase pakai kereta tu, nape x bayar.. Rasenye Watie nie kerap gak b’lakon, mesti mampu nk byr duit ansuran kereta.. Nie smpai x byr & owner jadi muflis, x bleh la nk salahkan dia.. Sekadar minta maaf skrg nie mmg x cukup ler kak oiii..

    28

    1
    • NENEK KAU says:

      engko ni bravo girl, sama bebal ngn melati kan.
      Aq tak faham la, apsal org nk ckp hana yg buat tuntutan ?
      Ye hana tuntut tapi tk sebanyak tu la, disebabkan si wati ni yg tknak pergi mahkamah, tknak settle,so mahkamah dah kenakan faedah..
      So total dia jadi sebanyak tu.
      Kes dia tahun bila? skrg tahun bila??
      of kozzz la ada faedah.

      Cerita tk tau sampai abes lagi mau komen..

      1

      0
  7. r says:

    aku rasa tuntutan tu dah siap kira dari A – Z segala kerugian yg terpaksa hana tanggung. silap watie jg sbb mengelak, melengah bayaran.

    29

    0
  8. wan lempeng says:

    sekrang wati ni aktif jadi coach zumba pulak
    penah jumpa n join dia lead zumba.kecik orgnya.kulit muka cantik.
    tapi dagu very the botox

    9

    0
    • Ros says:

      Erra, umi aida, zahida rafik dan seangkatan semuanya dagu botox. Yang jantan aznil, azwan etc. Retis ler wei, standard ar. Macam retis korea yg kome agung2kan tu, muke original macam tapir.

      4

      5
  9. mok cute says:

    artis2 kat msia ni mana nak kalah…keta x men la keta msia…tp pdhal poket habuk…org yg xtau cmna perit jd seorang bankrup sila pakcik google…baru tau langit tinggi rendah..

    5

    1
    • wekkkkkkk says:

      retis2 kt malaysia ni mmg x nk ngaku kalah, x nk tunjuk papa kedana, tapi ada jugak yg mata duitan terus tgkp/himpit org VVIP, snggup amek laki org yg kaya, sbb x nak susah mencari duit sendiri.

      2

      2
  10. Ex-Amnet Forumer says:

    Kita ni tak pandai law. Bole ke plaintiff tuntut supaya defendan dipenjarakan saja jika tak mampu bayar.

    6

    0
  11. suhaimah58 says:

    boleh je kot pakai kete mn yg mampu, saga ke myvi ke xyah nak wish sgt rasanye

    5

    0
    • peragai liat nk byr sejak azali says:

      saga ke myv ke, kalau dh habit ssh nk byr hutang, jadi saga & myv tdi pun boleh cicah 100k dgn interesttnya tau.

      10

      0
  12. Anonymous says:

    5 tahun dia cari ko selama tu boleh je ajak bincang tolak ansur tapi ko kemana masa tu wey…dah tu skrg siap ungkit pernah bekawan bagai…kalau betul ko anggap dia kawan ko tak kan buat kawan smp muflis la…
    sekarang amik tanggung la!
    aku geram kes2 mcm ni sebab laki aku pun penah kena jugak tapi tak la sampai muflis..percaya kat kawan sambung bayar keta…niat nak tolong kawan sebab dia tak boleh beli keta…free2 kasi gitu je last2 dapat surat bank berbulan2 tak bayo! kuang ajar!

    35

    0
  13. Anonymous says:

    time si hana tu contact ko dulu nak bincang elok2 setel semua ni..ko lari2..mengelak takmo…skg court da jatuh hukum br ko nk terhegeh2 carik dia..tak terpikir ke kesusahan si hana tanggung atas semata dia nak menolong ko dulu??
    sekarang rasainnnn..

    p/s: dagu labuh mampu pulak?????

    18

    0
  14. Nonsen! says:

    Kalau I jadi hana, mmg pun I takkan layan any communication from whati. 5 tahun kut carik2 whati tp tak dapat. Dah tu, biarkan hana bankrap. Ingat senang ke lalui semua tu as ibu tunggal? Whati tu sedap2 jer pakai wish tp takde duit pulak nak bayo.. Kawan apo spesis camtu? Itu bukan kawan!

    14

    0
  15. Aku says:

    https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/261560/saya-tak-mampu-bayar

    Nasib la wati oi… dulu hana masih ingat awak sebagai kawan sebab tu she tried to reach u 5 years ago to settle this prob but u menghilang.. Kesian hana ketika itu.. Skarang baru awak ingat kesian awak pula…

    1

    0
  16. peratijangantakperati says:

    Watie ni pun satu….kalau tak mampu buat cara tak mampu…
    tak yah la nak pakai wish bagai kalau tak ada job masuk mcm air.pakai myvi ke viva sudah lah..janji ada kenderaan bergerak..
    susah sgt, ko jual je kete kau tu, bayar hana…kan senang

    7

    0
  17. wekkkkkkk says:

    tgok gmbr watie…muka memperdaya dn semyuman yg gembira memperdaya org.

    Muka Hana sperti gmbr di atas tu: Muka tenang sbb diperdaya.

    1

    0
  18. Aida says:

    tak mampu bayar, sekarang pakai Merc A Class kan .. beringat la semua bab hutang ni ..

    4

    0
  19. Anonymous says:

    watie retis paling kontrobersi serba serbi dr dulu..malas nak list…

    2

    0
  20. sue says:

    inilah sebabnya ada prinsip: don’t do business with family and friends. u tak patut lah wati. by right dah tahu kira kalau u guna wish, how much you need to pay per month sampai umur you 50 tahun (contohnya) & u bukannya ada gaji tetap sebagai artis. kalau ada job, ada lah duit masuk, kalau xde, xde lah. so based on this, you pk lah sendiri berapa byk yg mampu ko bayar balik kat si hana tu. Bila hana handle slip gaji utk mohon loan for toyota wish tu, of course bayaran bulanan for the loan tu berdasarkan gaji dia, bukan gaji ko. so tak hairanlah per month mungkin kena bayar byk. baju kena ukur kat diri sendiri dulu. kalau dah tau tak mampu, then don’t go for toyota wish. go for local, lower capacity cars yg servicenya pun tak mkn kos tinggi. start small. bila dah ok sikit finance tu, baru ler upgrade ke kereta lain kalau nak. sebab ko kawan dia lah yg dia nak file this at court. because a true friend will not do what you have done to her. pk2lah sendiri.

    3

    0
  21. joeyjawa says:

    hari tu kan joey menang pertandingan mlm. duit tu guna la bayar hutang, ni pakai berjoli benda lain acano. tak paham la, kalau tak mampu buat je cara tak mampu. nak kereta wish, pakai jela exora kot teringin. kalau tak bawak je axia ke myvi, 3 beranak je pun. biar papa asal bergaya ni mmg bodoh punya sikap la. Perintah mahkamah mana boleh buat main wehhhh

    6

    0
  22. amirwaffi says:

    nasib badanla kena saman ..huhu

    0

    0
  23. meetomato says:

    bukan watie ni dulu mmg awal2 dah diisytihar bankrap ke? klu dah diisytihar, maksudnya die ni mmg ade perangai x akan byr hutang. haih hana ni…sorry to say but u are so bongok…nak cakap baik tp bimbo pun ada. dah dua dua bankrap ni, sama2 selamatkan diri sendiri la. once u are a bankrupt, everything will be hell.

    0

    0
  24. lol says:

    ni bukan citer lama ke?

    0

    0
  25. Ros says:

    Ape2lah. Retis melayu suam2 kuku. Next!

    0

    0
  26. BedahRempit says:

    Cekik darah kalau ada kawan macam Watie ni. Kalau takde duit, apasal nak beli kereta Wish? Beli kereta sederhana saja lah. Pergunakan kawan, lepas tu bayaran ansuran tak bayar. Kawan tu diisytiharkan bankrap gara-gara kau tak tahu jaga duit. How can you live with yourself? Muka tak malu. Kalau I jadi you, I takkan tunjuk muka I dekat TV lagi.

    3

    0
  27. Sambal belacan says:

    Akhirnya mahkamah suruh byr saman. Kesian Hana gak. Nak tolong kawan tp kawan makan kawan. Ibarat bagi susu dibalas air tuba. Dulu Watie tak nak settle hal ni masa Hana cari dia. Dh kena saman br nk minta kurang la itu ini.

    3

    0
  28. hanani says:

    Dia nk mrh sgt sbbkn muflis tu dia xboleh pegi jenguk ank dia kt UK sana. Kesian kt dia sbb ex husband dia bwk lari ank dia kt sana without permission. Dh tu hidup mcm kafir kt sana..tggl dengan gf bapak yg belum kahwin…bela anjing…aku baca komen dia sndiri jugak ni..mcm mana xsedih..lnsg xleh jumpa ank2…

    6

    0
  29. Anonymous says:

    Dah kau buat kawan tu muflis, eh, kau kawan ke? Macam sawan ada la.

    0

    0
  30. Palapala says:

    Kalo betol x mampu apsal dia laki bini boleh bawak harrier n merc a class?aku rasa betina ni mmg jenis liat nak byr hutang

    0

    0
    • Anonymous says:

      liat atau tak nak byr hutang ialah berbeza

      0

      0
    • acik says:

      eh palapala, kalau kau nk tau, kereta merc a class tu , kereta second je pon..
      bukan baru.
      aq pon tk fahm la dowg ni sume, drpd sibuk beli kereta baru baik selesaikan kes ni.
      drpd kes jadi kecik ,skrg dah jadi besar smua org tau.
      MALU !!1

      0

      0
  31. mak c kina says:

    tgk kt melodi, mcm dia plak yg mangsa…nangis2 bagai..

    2

    0
  32. Ibu says:

    semlm dlm melodi Hana & kakaknya kata yg sbb utama hal tuntutan anak2 kerana hal ni jadi tersekat semuanya

    1

    0
  33. Ibu says:

    semlm dlm melodi Hana & kakaknya kata yg sbb utama hal tuntutan anak2 kerana hal ni jadi tersekat semuanya, yg kes

    0

    0

Leave a Comment

Optional