Kes Remaja Hamil Luar Nikah & Khalwat Di Kelantan Menunjukkan Penurunan – Timbalan Menteri Besar

Hiburan

Kes Remaja Hamil Luar Nikah & Khalwat Di Kelantan Menunjukkan Penurunan – Timbalan Menteri Besar

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di negeri itu menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dirujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan menunjukkan daripada 146 kes hamil luar nikah pada 2021, jumlah berkenaan berkurang kepada 136 kes pada 2022 dan seterusnya turun kepada 61 kes tahun lepas.

Advertisement

Timbalan Menteri Besar Kelantan

Ujarnya, bilangan kes khalwat di Kelantan turut mengalami penurunan iaitu 196 kes pada 2022, susut kepada 86 kes bagi 2023.

Ini menunjukkan langkah kerajaan melaksanakan pelbagai program sama ada melalui pendidikan, peranan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita berserta pendekatan lain, memberi impak dalam menangani gejala sosial di Kelantan.

pemeriksaan mengandung

Kerajaan negeri turut mengambil pendekatan menubuhkan jawatankuasa induk yang diangotai agensi kerajaan negeri dan persekutuan termasuklah polis, Jabatan Pendidikan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri.

Kita tidak memandang sepi isu gejala sosial di Kelantan dan kerana itu kita ambil pendekatan ini dengan membahagikannya kepada sembilan kluster.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 months ago

"Siapa Nak Jaga Macam Ni? Sedih Sangat Tengok.." - Hisap Vape Magic Mushroom, Remaja Teruk Berhalusinasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...